FIFA21: 10 Pemain Bintang Yang Diturunkan Nilai Berdasarkan Prestasi Semasa

Hazard FIFA21

Beberapa hari lalu syarikat permainan video EA Sports telah pun mendedahkan senarai 100 pemain dengan nilai terbaik dalam FIFA21.

Seperti yang diketahui, nilaian yang diberikan sememangnya berdasarkan prestasi semasa pemain di dunia realiti.

Oleh yang demikian, beberapa pemain bintang telah mengalami penurunan yang agak ketara terutamanya yang berada di dalam senarai 10 terbaik dalam edisi lepas.

Antara pemain yang diberi penurunan paling besar adalah Eden Hazard yang gagal membuktikan keupayaannya selepas melengkapkan perpindahan bernilai £100 juta dari Chelsea ke Real Madrid.

Hanya menjaringkan satu gol dan dilanda beberapa siri kecederaan, penyerang Belgium itu diturunkan sehingga nilai 88 berbanding 91 dalam FIFA20.

Antara pemain lain adalah dua pemain Manchester United, Paul Pogba dan David de Gea serta pemenang Ballon d’Or 2018 Luka Modric.

Berikut adalah senarai 10 pemain tersebut:

10. Paul Pogba (Manchester United & France)

FIFA 20: 88

FIFA 21: 86

Jumlah Penurunan: -2

9. Thiago Alcantara (Bayern Munich & Spain)

FIFA 20: 87

FIFA 20: 85

Jumlah Penurunan: -2

8. Antoine Griezmann (Barcelona & France)

FIFA 20: 89

FIFA 21: 87

Jumlah Penurunan: -2

7. Gerard Pique (Barcelona & Spain)

FIFA 20: 88

FIFA 21: 86

Jumlah Penurunan: -2

6. Marco Reus (Borussia Dortmund & Germany)

FIFA 20: 88

FIFA 21: 85

Overall: -3

5. David De Gea (Manchester United & Spain)

FIFA 20: 89

FIFA 21: 86

Jumlah Penurunan: -3

4. Luka Modric (Real Madrid & Croatia)

FIFA 20: 90

FIFA 21: 87

Jumlah Penurunan: -3

3. Christian Eriksen (Inter Milan & Denmark)

FIFA 20: 88

FIFA 21: 85

Jumlah Penurunan: -3

2. Diego Godin (Inter Milan & Uruguay)

FIFA 20: 88

FIFA 21: 85

Jumlah Penurunan: -3

1. Eden Hazard (Real Madrid & Belgium)

FIFA 20: 91

FIFA 21: 88

Jumlah Penurunan: -3

Kredit Foto: Real France

Baca juga artikel kami yang lain menganai permainan video FIFA:

Leave a Reply