EPL: United Perlukan Jaringan Sendiri Dan Penalti Untuk Menang Tipis Ke Atas Brighton

Manchester United Brighton EPL

Manchester United terpaksa berhempas pulas sebelum berjaya meraih kemenangan pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas bangkit dari ketinggalan untuk menundukkan Brigton & Hove Albion 3-2 di Stadium American Express.

Bruno Fernandes muncul wira United dengan gol kemenangan pada minit terakhir perlawanan dan turut mengharapkan gol sendiri Lewis Dunk selepas Brighton terlebih dahulu mendahului menerusi Neil Maypay.

Pasukan tuan rumah jelas beraksi dengan lebih baik pada babak pertama dengan lebih banyak memegang penguasaan bola dan berpeluang mendahului apabila dua percubaan Leandro Trossard terkena tiang.

United yang membuat serangan balas pantas pada minit ke-33 berhasil mendapatkan gol namun jaringan Mason Greenwood dibatalkan kerana Rashford berada dalam kedudukan ofsaid.

Tujuh minit sebelum waktu rehat, pengadil memberikan Brighton sepakan penalti selepas Tariq Lamptey dijatuhkan Bruno Fernandes dalam kotak penalti. Maupay bijak memperdayakan David de Gea dengan sepakan panenka untuk mencetak gol pertama pasukannya.

Namun United hanya memerlukan empat minit untuk bertindak balas menyumbat gol penyamaan menerusi gol sendiri Lewis Dunk yang tertampan hantaran Nemanja Matic yang bermula daripada sepakan percuma Fernandes. Ia merupakan gol sendiri yang kelima buat Dunk di EPL.

Pada awal separuh masa kedua, Brighton sekali lagi buat United berpeluh apabila sekali lagi diberikan sepakan penalti selepas Paul Pogba didakwa menjatuhkan Aaron Connolly.

Bagaimanapun pengadil membatalkan keputusan tersebut selepas membuat semakan menerusi VAR dan memberikan kad kuning kepada penyerang muda Ireland berkenaan kerana sengaja menjatuhkan badannya dalam kotak penalti.

Marcus Rashford menyangka telah berjaya meletakkan United di depan pada minit ke-52, namun jaringan tersebut dibatalkan selepas semakan VAR mendapati beliau berada di kedudukan ofsaid. 

Bagaimanapun tiga minit kemudian, penyerang England tersebut meledak gol pertamanya musim ini selepas menerma hantaran Fernandes untuk meletakkan United mendahului 2-1.

Gawang United sekali lagi diselamatkan oleh tiang gol selepas De Gea sudah pun tertewas dengan rembatan Solly March. Namun March tidak mensiakan-siakan peluang terhidang pada masa kecederaan untuk menyamakan kedudukan dengan menanduk masuk hantaran lintang Alireza Jahanbakhsh.

Drama semakin menarik apabila selepas wisel penamat ditiup, pemain United menyerbu pengadil mendakwa tandukan Maguire terkena tangan Neil Maupay ketika keadaan kelam kabut dalam kotak penalti. 

Selapas pengadil mengesahkan dakwaan tersebut dengan semakan VAR, Bruno Fernandes memastikan tiga mata menjadi milik skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer selepas merembat kencang ke arah kanan menewaskan Matthew Ryan ketika perlawanan sudah memasuki minit ke-100.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Inggeris:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN