Zinedine Zidane Akui Toni Kroos Sangat Mengagumkan

Toni Kroos

Pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane mendedahkan bahawa anak buahnya, Toni Kroos akan dikenang sebagai salah seorang pemain tengah yang begitu mengagumkan di dunia pada eranya.

Zidane mengakui Kroos sebagai seorang yang cukup hebat dan beranggapan adalah satu penghormatan dapat melatih pemain sedemikian rupa dalam karier pengurusannya.

Kroos mula menyertai Real Madrid sebaik sahaja membantu Jerman menjuarai Piala Dunia 2014 di Brazil apabila beliau memeterai kontrak selama enam tahun dengan nilai perpindahan dilaporkan bernilai €30 juta.

Sepanjang enam musim menabur bakti bersama Los Blancos, Kroos menjadi sandaran utama di jentera tengah kelab tersebut yang mana berjaya menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah buat tiga musim berturut-turut dan memenangi La Liga sebanyak dua kali.

Pemain berusia 30 tahun itu telah juga membuat 278 penampilan dalam semua pertandingan yang disertai dan berjaya menjaringkan 16 gol serta mencipta 68 bantuan jaringan sepanjang kariernya bersama Real Madrid.

”Dia akan diingati sebagai seorang pemain yang hebat, salah seorang pemain terbaik di dunia pada posisinya [pemain tengah],” ujar Zidane menurut laporan Goal.

”Apabila saya sampai [membimbing Real Madrid], anda dapat bayangkan, saya sangat gembira untuk menjadi jurulatihnya.”

”Ia benar, apabila saya bersara saya akan mengatakan bahawa saya membimbing Cristiano [Ronaldo], [Gareth] Bale, [Sergio] Ramos. Tetapi saya juga akan katakan saya membimbing Toni Kroos.”

”Sangat mengagumkan untuk melihat dia berlatih pada setiap hari. Bagaimana profesionalnya dia. Bercakap tentang dia adalah memperkatakan tentang sesuatu yang luar biasa.”

Dalam pada itu, Zidane turut berkongsikan tentang beberapa kelebihan yang menjadi senjata buat pemain tersebut.

”Dia sangat bagus dan dia mungkin boleh bermain di posisi nombor enam atau 10. Anda letakkannya di posisi itu dan dia boleh menyesuaikan diri. Kelebihan utamanya ialah ketenangan, dia sangat tenang.”

”Dia tidak gugup dan suka menjaringkan gol dari jarak jauh dan juga melakukan hantaran ke belakang. Kemampuan menggunakan kedua-dua belah kaki juga cukup menarik bagi saya. Anda boleh berfikir dia adalah pemain kaki kiri semulajadi.”

”Toni seorang yang sangat pendiam. Tetapi apabila dia bercakap, dia akan bercakap dengan semua orang: jurulatihnya, pengurus, rakan sepasukan. Dia tidak akan berhenti. Saya telah melihat banyak perbincangan dengan penglibatannya menjadi kunci [kepada perbincangan].”

Kredit featured image: Andreas Gebert/picture alliance via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Toni Kroos:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN