Teknik ‘Drop Step’ Yang Menjadi ‘Signature’ Toni Kroos

Drop step merupakan salah satu teknik gelecekan yang paling mudah dan berkesan. Ia tidak memerlukan pemain menggunakan gerakan kaki dan badan yang pantas.

Apa itu drop step?

Ianya satu teknik di mana pemain akan menukar arah bola dengan segera ke zon sebelah pemain lawan. Dalam bola keranjang ini adalah contohnya:

Berdasarkan contoh video di atas anda mendapati, pemain akan menentukan terlebih awal, zon yang mereka mahu gunakan sebaik sahaja menerima bola.

Jika dahulu Frank Lampard antara pemain yang sangat bagus dan gemar menggunakan teknik ini bagi memerangkap lawan.

Oleh itu, sangat penting pemain yang memiliki kemampuan ‘scanning’ yang baik. Scanning bermaksud, pemain meneliti terlebih awal opsyen dan arah yang beliau mahu gunakan sebaik menerima bola.

Arsene Wenger menyatakan: “Saya menggelarkan ia scanning. Saya gemar memerhatikan apa yang pemain akan lakukan 10 saat sebelum menerima bola. Berapa banyak informasi yang beliau sedang imbas dan juga berapa banyak informasi berkualiti yang beliau miliki.”

https://twitter.com/connect_coaches/status/1111925212067647488

Ketenangan vs keagresifan lawan

Ketika bola dihantar, kebiasaannya pemain lawan akan berlari untuk ‘press’ ke arah bola. Semakin agresif pemain itu menekan, semakin mudah untuk anda melancarkan gerakan drop step ini.

Ketika pemain berada 1 ataupun 2 langkah di hadapan anda, tukar arah bola dengan segera ke sebelah ‘bahu’ mereka.

Ianya satu ‘feint’ yang nampak sangat mudah namun memerlukan ketelitian dan ketangkasan dalam melakukannya.

Apabila anda sudah mendapat ruang yang anda inginkan, lancarkan penyudah (finishing bermaksud hantaran akhir ataupun percubaan gol – berdasarkan keadaan dan keputusan yang anda mahu ambil).

Biasanya, ruang itu tidak akan lama untuk anda kuasai, kerana pemain yang terlajak langkah tadi memiliki beberapa saat untuk datang kepada anda.

Ada sesetengah keadaan, anda boleh terus melakukan teknik ini dengan memerangkap pemain lawan dengan sentuhan pertama.

Untuk pemain laju seperti Lionel Messi, mungkin mereka tiada masalah untuk menjana larian kerana ada kepantasan dan skil.

Namun untuk pemain seperti Toni Kroos, skil dan teknik ini adalah untuk mereka mendapat ruang besar dan menggunakannya untuk mengambil tindakan seterusnya dengan segera.

Lihat contoh pada seorang lagi pemain yang sukakan teknik ini iaitu Naby Keita.

1. Beliau menanti tekanan dengan umpanan seperti beliau sedang tercari-cari rakan

2. Keita kemudian menunggu masa sesuai untuk menolak bola dengan segera

3. Keita mendapat ruang yang beliau inginkan dan mengambil tindakan seterusnya

Bagi pemain yang cerdas, mereka boleh mengetatkan arah kaki lemah lawan dan gemar menolak ke arah tersebut.

Anda lihat kompilasi gerakan ‘drop step’ oleh Kroos di sini yang menggabungkan pemikiran cerdas (scanning sebelum menerima bola); kemudian sentuhan pertama yang baik (cushioning dan trap control); diikuti dengan ‘decision making’ yang jitu.

Rumusan

Gerakan ini adalah gerakan mematikan langkah pertahanan lawan dengan cubaan menjemput mereka untuk melakukan tekanan yang agresif.

Ketika lawan menghampiri dalam keadaan yang agresif, bunuh gerakan mereka dengan sentuhan ringkas sama ada dengan bahagian dalam kaki (inside foot), kekura (instep) mahupun bahagian luar kaki (outside foot).

Pastinya ‘timing’ anda tepat untuk menolak bola kerana anda boleh terperangkap dengan mudah kerana lawan agresif untuk memenangi bola.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN