Anugerah Pemain Terbaik PFA: Pemain Man. City Dan Liverpool Dominasi Senarai Akhir

Aksi cemerlang Raheem Sterling pada musim ini membolehkan pemain itu mengetahui senarai akhir untuk anugerah pemain terbaik PFA. berikut adalah senarai penuh calon akhir untuk anugerah berprestij tersebut.

1. Raheem Sterling (Man. City)
MANCHESTER, ENGLAND – FEBRUARY 10: Raheem Sterling of Manchester City celebrates after scoring the opening goal during the Premier League match between Manchester City and Chelsea FC at Etihad Stadium on February 10, 2019 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Alex Livesey – Danehouse/Getty Images)

Sterling menikmati musim paling prolifik beliau di dalam karier. Ketika artikel ini ditulis beliau sudah menjaringkan 23 gol dan melakukan 13 bantuan gol untuk pasukannya di dalam semua pertandingan.

2. Virgil Van Dijk (Liverpool)
MUNICH, GERMANY – MARCH 13: Virgil van Dijk of Liverpool (4) scores his team’s second goal during the UEFA Champions League Round of 16 Second Leg match between FC Bayern Muenchen and Liverpool at Allianz Arena on March 13, 2019 in Munich, Bavaria. (Photo by Lars Baron/Bongarts/Getty Images)

Pemain pertahanan kebangsaan Belanda ini menjadi Nadi penting untuk skuad Liverpool terus mencabar kejuaraan dengan Manchester City.

Virgil Van Dijk yang dibeli dan rekod perpindahan dunia sebelum ini menunjukkan kualiti beliau yang sebenar.

Beliau memiliki rekod memenangi duel sebanyak 77% – tiada pemain yang melakukan lebih daripada beliau. Dan satu lagi rekod unik Virgil Van Dijk adalah beliau masih belum dapat digalas oleh pertahanan secara satu lawan satu.

3. Sergio Aguero
MANCHESTER, ENGLAND – MARCH 12: Sergio Aguero of Manchester City celebrates after scoring his sides second goal during the UEFA Champions League Round of 16 Second Leg match between Manchester City v FC Schalke 04 at Etihad Stadium on March 12, 2019 in Manchester, England. (Photo by Stu Forster/Getty Images)

Sergio Aguero terus menjadi nadi penting skuad Manchester City. Ketika artikel ini dihasilkan beliau terlibat di dalam 40 gol Manchester City (gol dan assist) secara langsung.

Sekaligus menjadikan beliau pemain yang paling tinggi terlibat secara langsung dengan gol citizen mengatasi Raheem Sterling.

Selain itu, beliau sekali lagi bersaing dalam perebutan kasut emas untuk EPL pada musim ini.

4. Bernardo Silva (Manchester City)

Beliau sangat menonjol pada musim ini. Gaya permainan yang lebih lincah dan lebih kreatif dipamerkan untuk membantu Manchester City berada dalam persaingan kejuaraan.

Selain daripada aksi cemerlang Raheem Sterling dan Aguero, nama Bernardo Silva juga menjadi pemain penting ketika diperlukan di hadapan gol dan juga mencipta peluang gol kepada rakannya.

5. Eden Hazard (Chelsea)
LONDON, ENGLAND – APRIL 08: Eden Hazard of Chelsea celebrates after scoring his team’s second goal during the Premier League match between Chelsea FC and West Ham United at Stamford Bridge on April 08, 2019 in London, United Kingdom. (Photo by Darren Walsh/Chelsea FC via Getty Images)

Hazard adalah pemain yang mencatatkan statistik individual yang luar biasa musim ini. Namun sayangnya Chelsea gagal untuk bersaing kejuaraan.

Setakat ini Hazard sudah menjaringkan 26 gol dan 14 bantuan gol dalam semua kompetisi untuk Chelsea. Maka tidak hairanlah Chelsea kini rungsing dengan masa depan Hazard di Stamford Bridge yang masih belum ada jaminan lagi.

6. Sadio Mane (Liverpool)
LONDON, ENGLAND – MARCH 17: (THE SUN OUT, THE SUN ON SUNDAY OUT) Sadio Mane of Liverpool celebrates after scoring the openiong goal during the Premier League match between Fulham FC and Liverpool FC at Craven Cottage on March 17, 2019 in London, United Kingdom. (Photo by Andrew Powell/Liverpool FC via Getty Images)

Mane musim ini menjaringkan 22 gol untuk Liverpool dalam semua pertandingan. Beliau juga dalam persaingan untuk kasut emas EPL musim ini.

Pemain yang menjadi nadi penting Liverpool dalam kempen dan pemburuan 2 lagi piala oleh The Reds.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN