Quantcast

ADVERTORIAL

But “Hacked Pack” Taruhan Terbaru PUMA Yang Bertemakan “Coding” Dan “Hacking”

Tanggal 1 April yang lalu, PUMA Football telah melancarkan siri terbaru but bola mereka yang digelar sebagai Hacked Pack yang diinspirasikan dari pemain yang menggunakan skill dan teknik mereka untuk naik ke tahap yang lebih tinggi.

Model terbaru ini mempunyai reka bentuk yang hampir serupa dengan dua edisi but bola mereka yang sedia ada; PUMA FUTURE dan PUMA One.

Bertemakan Identiti Coding Komputer

Dipengaruhi dengan identiti visual kod pemprograman computer, Hacked Pack ini menggabungkan sisi gelap dunia digital dan corak penyamaran hijau 8-bit.

Dengan kesan digital khas pada but ini, PUMA berharap agar ia mampu mampu membuatkan pemain lawan terpegun dengan keunikan coraknya, menimbulkan kekeliruan setelah pemakai seolah-olah melakukan “hacking” pada permainan dengan kelajuan, ketangkasan dengan kebolehan semula jadi, membuatkan lawan rasa cemburu.

But terbaru dari PUMA ini bakal digunakan oleh pemain-pemain handalan dunia seperti Antoine Griezmann, Luiz Suarez, Sergio Aguero, Romelu Lukaku, Samuel Umtiti dan penjaga gol, Jan Oblak.

Dijual dengan harga RM829 untuk gred pertama untuk kedua-dua variasi PUMA One 19.1 dan PUMA FUTURE 19.1, taruhan terbaru PUMA ini bakal menemui anda di pasaran Malaysia mulai 4 April ini di butik bola sepak PUMA (The Gardens, KLCC dan One Utama) serta cawangan Football Republic di seluruh negara.

Sudahkah anda bersedia untuk membawa permainan anda ke tahap yang lebih tinggi dengan PUMA Hacked Pack ini?

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!