6 Nama Penting Dalam Perpindahan Di EPL

Perpindahan pemain di EPL bukannya mudah. Namun ada beberapa figura yang melicinkan urusan tersebut untuk membantu pengurus mendapatkan pemain yang mereka mahukan.

Berikut 6 senarai yang kami mahu kongsikan dengan anda daripada beberapa pasukan.

1. Txiki Begiristain (Manchester City)

“Tanpa Txiki, tak mungkin saya akan datang ke sini,” itulah luah Pep Guardiola pada musim lalu. Guardiola mengakui Txiki sangat membantu beliau terutama sekali selepas musim debut tanpa piala beliau di England.

Guardiola lebih awal diburu oleh Manchester United namun beliau ketika itu memutuskan untuk ke Bayern Munich. Selepas melepaskan jawatan di Bayern, Man. City terus menghubungi Guardiola dan mahu memastikan Guardiola tidak ke kelab lain terutama sekali ke Man. United mahupun ke China.

https://twitter.com/RyanJayBailey/status/1109916710549757953

Txiki Begiristain sebelum itu pernah mencadangkan agar Manchester City menggantikan Roberto Mancini dengan Guardiola. Namun City berhadapan dengan kesukaran ketika itu kerana Guardiola sudah tertarik dengan tawaran lain.

Salah satu sebab utama Txiki Begiristain mahukan Guardiola adalah kerana pembentukan DNA bola sepak moden dalam pasukan Man. City. Pada era moden, bola sepak berasaskan permainan ‘high tempo press’.

Pada Julai 2016, akhirnya Guardiola menjadi milik Man. City. Dan kini mereka bermain bola sepak gaya Guardiola serta sangat digeruni di Eropah.

Pada era Txiki Begiristain mereka berjaya mendapatkan ramai pemain ternama. Harus diakui kuasa wang juga memainkan peranan. Namun mereka berjaya mendapatkan ramai pemain yang menepati kehendak taktikal Guardiola.

2. Michael Edwards

Kami pernah kongsikan cerita pasal Michael Edward ini. Beliau dilantik menjadi Pengarah Sukan Liverpool pada November 2016.

Edward menjadi orang penting dalam merevolusikan polisi perpindahan dan kontrak pemain di Liverpool agar ianya kembali semula ke ‘Liverpool way’. Ini selepas beberapa musim Liverpool dibuli oleh pasukan besar lain dalam perpindahan pemain.

Jurgen Klopp mengakui Edwards sangat membantu beliau dalam perpindahan pemain. Salah satu sebab Edwards dilantik oleh FSG kerana beliau dan Klopp diakui sangat rapat. Klopp adalah orang yang mencadangkan nama Edwards di kalangan nama-nama besar lain yang memohon jawatan itu.

Edwards pernah dilepaslan oleh Peterborough United selepas kontrak beliau tamat. Dan selepas itu beliau menjadi ketua analisis video di Portsmout, Tottenham dan kemudiannya Liverpool.

Hasilnya, pada era Edwards, Liverpool berjaya mendapatkan pemain yang hebat di pasaran termasuk lex Oxlade Chamberlain, Mohamed Salah, Naby Keita, Dominic Solanke, Andy Robertson, dan Fabinho.

Liverpool dilaporkan antara kelab yang paling produktif menjana peningkatan dalam pendapatan tahunan mereka dalam beberapa musim ini. Salah satu daripada sebabnya adalah polisi perpindahan mereka. Menjual Coutinho dengan harga ‘tidak masuk akal’ serta beberapa pemain lain dengan harga yang agak tinggi berbanding dengan yang digambarkan.

3. Matt Judge

Siapakah Matt Judge? Beliau merupakan Ketua Pembangunan Koporat Manchester United. Beliau ada pengalaman dalam perbankan dan perpindaan pemain.

Manchester United bergelut dengan isu pengurus kerapkali gagal berkomunikasi dengan pihak atasan. Ini kerana mereka kekal antara kelab yang tiada pengarah sukan setakat ini.

United masih mencari siapa pengarah sukan terbaik untuk mereka serap dalam masa terdekat. United bergelut dalam pasaran perpindahan dan urusan kontrak pemain kerana tiada Pengarah Sukan sepenuh masa dalam membantu pengurus.

Matt Judge antara orang yang banyak menjadi bidan terjun membantu Ed Woodward dalam berunding dengan ejen dan pemain untuk dibawa masuk ke Man. United.

Woodward terlalu banyak beban kerja. Beliau terbeban dengan urusan lain dan pada masa yang sama kerap meletakkan perpindahan pemain sebagai perkara ke-2 atau ke-3.

Apabila beliau turun ke gelanggang perpindahan, biasanya Man. United akan ‘strike’ perpindahan yang mereka mahukan. Antaranya ialah Paul Pogba, Romelu Lukaku dan Alexis Sanchez.

Namun beliau sangat bergantung kepada Ed Woodward untuk menyatakan siapa sasaran mereka. Oleh itu, isu pemain menepati ekspektasi ataupun tidak, itu bukan masalah Matt Judge. Ini kerana beliau menerima laporan daripada Woodward – senarai pemain yang ditapis daripada scouting.

Dilaporkan Jugde juga diberikan kuasa oleh Woodward untuk bersetuju atau tidak bersetuju dengan senarai yang diterima beliau: sama ada senarai itu sesuai dengan pengurus semasa ataupun tidak?

Buat masa ini, tugas Matt Judge adalah berunding. Mulut manis beliau membuatkan Jose Mourinho seringkali tidak percaya Manchester United tidak menggunakan keupayaan Matt Jugde untuk mendapatkan beberapa pemain lagi.

Biasanya, masalah akan tersekat di Ed Woodward yang seringkali tidak berkomunikasi lebih baik dengan pengurus.

Jika esok lusa, Man. United melantik Pengarah Sukan sepenuh masa, Matt Judge antara yang harus ada dalam pasukan negosiasi.

4. Mauricio Pochettino (Tottenham)
Pochettino
BURNLEY, ENGLAND – FEBRUARY 23: Mauricio Pochettino, Manager of Tottenham Hotspur looks on during the Premier League match between Burnley FC and Tottenham Hotspur at Turf Moor on February 23, 2019 in Burnley, United Kingdom. (Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

Yang ke-4 ini agak unik kerana ianya adalah pengurus sendiri yang menjadi pakar dalam perpindahan. Di Spurs Pochettino dilaporkan memiliki kuasa terus dalam ‘scouting’ dan rundingan pemain. Beliau membawa masuk ramai pemain berbakat ke Spurs.

Dalam beberapa musim ini Spurs berjaya menjadi pesaing ke slot UCL. Maka tak hairanlah Man. United pernah mengidamkan khidmat Pochettino kerana boleh buat banyak kerja dalam satu masa yang sama.

Pochettino pasti kecewa kerana musim ini beliau langsung tidak membeli mana mana pemain.

5. Sven Mislintat

Arsenal kini mencari Pengarah Sukan yang baharu. Agak pelik apabila mereka melepaskan Sven Mislintat sebelum ini. Ramai beranggapan Arsenal mahu memberikan jawatan itu kepada beberapa pegawai yang ada di dalam kem Arsenal hari ini.

Mislintat antara perkara terbaik yang berlaku di Arsenal dalam beberapa musim ini. Beliau membantu Arsenal untuk menjadi salah satu kuasa beli sekali lagi dalam perpindahan pemain di Eropah.

Salah satu sebab adalah Sven Mislintat yang digelar The Diamond Eye. Beliau dilantik menjadi chief scout ataupun head of recruitment untuk Arsenal bermula November 2017. Mislintat dianggap komputer versi advance dalam dunia scouting.

Namun selepas pemergian Gazidis desas-desus bahawa Mislintat mungkin akan meninggalkan Arsenal mulai keluar. Ini juga telah membuatkan Mislintat menjadi perhatian kelab gergasi Jerman -Bayern Munich.

Selain daripada membawa pemain seperti Aubameyang, beberapa nama lain yang menyertai Arsenal di bawah era beliau ialah seperti; Henrikh Mkhitaryan, Sokratis Papastathopoulos, Lucas Torreira, Bernd Leno dan Matteo Guendouzi.

6. Tony Khan (Fulham)

Kenapa Fulham boleh berbelanja sampai £100 juta di jendela perpindahan? Mereka menjadi pasukan yang memenangi promosi – yang pertama – berbelanja lebih £100 juta pada musim pertama – selepas promosi – di EPL.

Ini kerana mereka ada Tony Khan. Menariknya, Tony Khan ini adalah anak kepada pemilik kelab dan beliau memiliki kepakaran dalam bidang pengurusan kewangan dan pemain.

Tony Khan memegang beberapa jawatan penting dalam kelab lain termasuk pasukan NFL – Jacksonville Jaguars, serta menjadi Presiden All Elite Wrestling.

Namun malang sekali perbelanjaan Fulham tahun ini menjadi satu pembaziran. Kualiti yang ada pada Tony Khan digunakan untuk mendapatkan pemain yang tidak kena dengan taktikal serta liga Inggeris.

Terlalu ramai pemain baharu membuatkan kelab terpaksa bermula daripada ‘scratch’ untuk membentuk pasukan. Ada pemain pula bergelut dengan prestasi dan kecergasan. Akhirnya mereka menjadi pasukan ke-2 yang sah tersingkir musim hadapan.

Secara adilnya, Khan sudah memainkan peranan beliau untuk merebut beberapa nama yang turut dikehendaki kelab lain di pasaran perpindahan. Ini termasuk Luciano Vietto, Jean Michel Seri, Mitrovic, Andre Schurrle, dan Sergio Rico.

Leave a Reply