Eduardo Camavinga: Paul Pogba Sumber Inspirasi Saya

Eduardo Camavinga

Bintang remaja, Eduardo Camavinga mengakui bintang Perancis, Paul Pogba merupakan sumber inspirasi buatnya dalam bola sepak dan memuji kualiti yang dimiliki pemain tengah skuad Manchester United itu.

Pogba menjadi antara sandaran utama buat skuad kebangsaan Perancis ketika menjuarai Piala Dunia 2018 di Rusia apabila beliau turut menjaringkan gol ketiga pada aksi final bertemu Croatia yang menyaksikan pasukan bimbingan Didier Deschamps tersebut menang 4-2.

Sehubungan dengan itu, kualiti yang ada pada Pogba sudah pasti menjadi tumpuan pemain-pemain muda Perancis dan ia tidak terkecuali buat Camavinga.

Selain Pogba, Camavinga yang beraksi untuk Rennes dalam saingan Ligue 1 turut mengagumi kehebatan seorang lagi wira di Piala Dunia lalu, Kylian Mbappe.

”Paul Pogba merupakan sumber inspirasi buat saya. Dia merupakan seorang pemain yang sangat baik dengan kualiti yang cukup hebat,” ujar Camavinga menurut laporan Goal.

”Dia telah membuktikannya ketika bersama pasukan Perancis, hanya melihat apa yang dilakukannya: juara dunia. Tetapi saya tidak suka dengan perbandingan.”

”Kylian [Mbappe] telah meletakkan tanda aras yang sangat tinggi, tetapi ia merupakan punca kepada sumber inspirasi buat semua pemain muda.”

Dalam perkembangan lain, pemain tengah berusia 17 tahun itu telah mendapat panggilan buat pertama kali bagi menyertai sesi latihan pusat skuad kebangsan selepas beliau terpilih untuk menggantikan Pogba yang dikesan positif COVID-19.

Camavinga menganggap panggilan tersebut merupakan mimpi yang menjadi kenyataan buatnya untuk menyarung jersi skuad juara Piala Dunia dua kali itu.

”Ia merupakan impian saya sejak dari zaman kanak-kanak, walaupun saya masih kecil. Ini akan menjadi sesuatu yang luar biasa buat saya, keluarga saya [untuk diturunkan pada perlawanan bertemu Sweden atau Croatia].”

”Penting bagi mereka bahawa saya mewakili negara saya, ia penting buat saya juga. Ia sesuatu yang saya mahukan sejak saya kecil lagi.”

”Saya disambut dengan sangat baik [oleh rakan sepasukan skuad Perancis]. Pertemuan dengan para pemain juga begitu baik. Semua orang bersikap baik dengan saya dan saya harap ia akan berterusan,” tambah Eduardo Camavinga lagi.

Kredit featured image: Twitter Eduardo Camavinga

Baca artikel lain dari kami mengenai Paul Pogba:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN