Robert Lewandowski Impi Terus Beraksi Sehingga Usia 40 Tahun

Robert Lewandowski

Peledak berbisa Bayern Munich, Robert Lewandowski memberikan bayangan bahawa beliau akan terus beraksi dan tidak langsung memikirkan soal persaraan setelah menikmati prestasi yang cukup memukau pada musim 2019/20.

Selain daripada membantu Bayern Munich menjulang kejuaraan treble, Lewandowski turut muncul penjaring terbanyak dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah [15 gol], Bundesliga [34 gol] dan DFB Pokal dengan enam gol.

Dengan sentuhan pemusnah yang cukup hebat dimilikinya, tidak keterlaluannya untuk mengatakan bahawa pemain berusia 31 tahun itu merupakan antara penyerang terbaik di dunia pada ketika ini.

Sehubungan dengan itu, Lewandowski turut melihat apa yang diekcapinya pada ketika ini membolehkannya untuk terus beraksi hingga usianya mencecah 40 tahun.

Ketika ditanya adakah beliau akan mengumumkan persaraan apabila kontraknya tamat pada 2023, ini respon daripada Lewandowski:

”Ini bukan yang terakhir bagi saya. Menamatkan karier di FC Bayern ialah merupakan satu pilihan, tetapi saya masih mempunyai banyak masa lagi untuk beraksi.”

”Saya tidak memikirkan tentang perancangan untuk menamatkan karier saya. Saya tidak berasakan seperti berusia 32 tahun. Saya rasa lebih baik berbanding ketika berusia 26 tahun.”

”Saya telah bekerja dengan sangat khusus pada beberapa tahun kebelakangan ini untuk mencapai tahap optimum saya. Mungkin lagi lapan tahun [untuk terus beraksi],” ujar Lewandowski menurut laporan Goal.

Dalam perkembangan lain, pemain kelahiran Warsaw, Poland itu mengakui musim 2020/21 akan menjanjikan cabaran yang lebih mencabar buat beliau sendiri dan Bayern Munich.

”Musim hadapan akan menjadi sangat sukar, anda perlu untuk menjadi lebih bijak. Anda tidak boleh selalu bermain 90 minit perlawanan dan menjaringkan dua gol apabila anda berada dalam keadaan tekanan.”

”Kadangkala anda harus sedikit perlahan [bertenang] dan memberikan tumpuan terhadap siapa lawan anda pada perlawanan seterusnya kerana pasukan anda perlu menjadi keutamaan. Keutamaan saya ialah pasukan ini, bukannya diri saya sendiri.”

Kredit featured image: M. Donato/FC Bayern via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Robert Lewandowski:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN