Robert Lewandowski: Soal Pemakanan Main Peranan Penting Buat Saya

Robert Lewandowski

Peledak berbisa Bayern Munich, Robert Lewandowski mendedahkan bahawa pola pemakanan yang diamalkannya turut mempengaruhi ketajaman penyudah dimiliki bagi membolehkan beliau terus konsisten dalam menjaringkan gol.

Penyudah tajam dimiliki penyerang berusia 31 tahun itu tidak perlu lagi untuk diperdebatkan kerana beliau telah menjaringkan 45 gol dalam 39 penampilan di semua pertandingan musim ini.

30 gol daripadanya terhasil dalam saingan Bundesliga 2019/20 yang mana Lewandowski kini merupakan penjaring terbanyak, lima gol meninggalkan pencabar terdekatnya dari RB Leipzig, Timo Werner.

Sehubungan dengan itu, penyerang skuad kebangsaan Poland tersebut tidak menolak kenyataan bahawa makanan yang diambilnya juga memainkan peranan penting dalam membantu prestasinya.

”Saya tidak makan daging pada hari perlawanan. Ia terlalu berat buat tubuh badan saya. Saya hanya makan makanan ringan, itulah yang saya perlukan.”

”Makanan yang saya ambil bergantung kepada beberapa hal. Bila perlawanan itu akan berlangsung, bila ia akan dimulakan,” ujar Lewandowski menurut laporan Goal.

”Sekiranya anda makan nasi atau pasta, ia bermanfaat dalam memberikan tenaga bagi tempoh yang singkat. Tetapi, jika ia melebihi waktu, anda tidak mendapat apa-apa.”

”Tidak mudah [untuk menjaringkan gol] terutamanya ketika anda berada dalam kepenatan. Dari 90 peratus gol, ia dipengaruhi oleh tahap konsentrasi anda.”

”Jika anda penat, pemikiran anda secara automatik akan menjadi perlahan. Dalam kawasan penalti, kita hanya mempunyai 0.1 saat, mungkin 0.02 untuk berfikir, membuat keputusan dan berinteraksi dengan bola,” tambah Lewandowski lagi.

Kredit featured image: Sebastian Widmann/Bongarts/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Robert Lewandowski:

Leave a Reply