Ilkay Gundogan: Robert Lewandowski Adalah Penyerang Terbaik Di Dunia

Robert Lewandowski

Pemain tengah Manchester City, Ilkay Gundogan mengakui bahawa bekas rakan sepasukannya ketika di Borussia Dortmund, Robert Lewandowski adalah penyerang terbaik di dunia pada ketika ini.

Gundogan dan Lewandowski yang kini merupakan peledak berbisa Bayern Munich pernah bergandingan bersama sekitar tahun 2011 hingga 2014, ketika berada di bawah kendalian Jurgen Klopp.

Penyerang kelahiran Poland itu mengambil keputusan untuk meninggalkan Signal Iduna Park bagi menyertai Bayern Munich pada 2014 manakala dua tahun kemudiannya, Gundogan pula menyertai Manchester City.

Dalam pada itu, Gundogan turut meluahkan kegembiraannya ketika bergandingan bersama Lewandowski.

”Ia adalah satu kegembiraan dapat bergandingan bersama dengannya. Dia telah menunjukkan peningkatan.”

”Secara teknikalnya, dia sentiasa hebat, sekarang dia turut mempunyai ketenangan. Cara dia menjaringkan gol adalah amat luar biasa,” ujar Gundogan menurut laporan dikeluarkan oleh Goal.

”Bagi saya, dia adalah yang terbaik dan penyerang serba lengkap dalam dunia pada ketika ini.”

Setelah enam musim Lewandowski beraksi untuk Bayern Munich, beliau telah berjaya menjaringkan 153 gol dalam saingan Bundesliga hasil 182 penampilan yang dilakukannya bersama skuad Bavaria tersebut.

Beliau telah membantu Bayern Munich muncul juara Bundesliga sebanyak lima musim berturut-turut dan ketika saingan liga musim ini terhenti akibat COVID-19, gergasi Jerman itu sedang mendahului Borussia Dortmund dengan kelebihan empat mata selepas melalui 25 perlawanan.

Kredit foto: Federico Gambarini/picture alliance via Getty Images

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Robert Lewandowski:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN