Sumareh: Saya Mahu Dikenang Sebagai Wira Di Masa Depan

Sumareh-Malaysia-Indonesia-2019

Pemain sayap menyerang skuad kebangsaan, Mohamadou Sumareh berkata yang beliau mahu memenangi kejuaraan AFF Suzuki dan itulah sasarannya ketika ini, selain mahu dikenang oleh para penyokong atas sumbangnya buat Harimau Malaya.

Kali terakhir Malaysia memenangi kejohanan dwi tahunan itu adalah pada tahun 2010 ketika dibawah kendalian Datuk K. Rajagobal, dalam satu kejohanan yang pastinya akan dikenang oleh barisan kejurulatihan, pemain dan juga para penyokong.

Sepanjang empat edisi selepas itu, Malaysia telah tampil tiga kali di aksi separuh akhir dengan dua daripadanya berhasil melangkah ke pentas akhir, namun gagal menjulang kejuaraan apabila dikecewakan Thailand pada 2014 dan Vietnam (2018).

Dengan prestasi cemerlang skuad kebangsaan di pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 kini, seharusnya Harimau Malaya akan mengaum gah dalam kejohanan AFF Suzuki yang pada awalnya dijadualkan pada hujung tahun ini.

Namun, status penganjurannya pada tahun ini masih lagi tidak diketahui dek kerana semua kejohanan dan perlawanan bola sepak di seluruh dunia tertangguh akibat pandemik COVID-19. Besar kemungkinan, ianya bakal tertangguh ke tahun depan.

“Saya mahu memenangi kejuaraan AFF untuk Malaysia. Itu adalah sasaran saya pada tahun ini,” ujar Sumareh sambil menegaskan tiada gunanya bergelar sebagai pemain hebat negara jika tidak pernah memenangi sebarang kejuaraan buat Malaysia.

“Selain itu, saya juga mahu membantu Pahang. Saya mahu anak-anak generasi kini akan mengenang, kejuaraan itu dimenangi ketika era Sumareh. Saya mahu jadi inspirasi kepada pembentukkan generasi pemain selepas ini,” tambahnya lagi.

Pemain berusia 25 tahun itu turut menjelaskan kepada The Star yang masa masih memihak kepadanya dan berjanji akan memberikan yang terbaik bagi merealisasikan impiannya dan juga impian skuad negara dalam kejohanan AFF Suzuki nanti.

“Masa masih memihak kepada saya. Saya tahu saya mampu menajdi pemain yang bagus dan ia terpulang kepada saya untuk membina reputasi baik dalam karier saya. Saya jamin yang saya sedang berusaha ke arah itu,” ujar Sumareh lagi.

KREDIT FEATUTED IMAGE: BERNAMA

Baca lagi artikel kami mengenai Mohamadou Sumareh:

Leave a Reply