Jamie Carragher: John Terry Adalah Versi Diri Saya Yang Lebih Baik

John Terry

Jamie Carragher menghamburkan kata pujian terhadap bekas ketua pasukan Chelsea, John Terry dan mengatakan bahawa pemain tersebut adalah versi diri beliau yang lebih baik.

Terry dilabel sebagai legenda Chelsea selepas beliau telah membuat lebih 700 penampilan dan meledakkan 67 jaringan sepanjang menyarung jersi The Blues sejak dari tahun 1998.

Lebih manis, Terry telah memenangi lima trofi Liga Perdana Inggeris dan juga liga gelaran juara Piala FA. Beliau juga pernah mengecap nikmat selaku juara Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Europa.

Kedua-dua pemain pertahanan hebat itu juga pernah bergandingan ketika tugasan bersama skuad kebangsaaan England.

”Terry pada dasarnya adalah diri saya versi yang lebih baik. Dia amat besar dan lebih kuat serta mempunyai kualiti yang cukup baik ketika bersama bola.”

”Dia adalah seorang pemain dimana apabila anda berlatih bersamanya, dia akan meningkat di mata anda. Anda tahu bahawa dia adalah seorang pemain yang hebat,” ujar Carragher menurut laporan dikeluarkan Goal.

Embed from Getty Images

”Secara teknikalnya, dia adalah lebih baik berbanding kredit yang telah diberi kepadanya. Orang ramai selalu bercakap mengenai Terry akan meletakkan kepada dan badannya di hadapan untuk segala-galanya, dia akan melakukannya.”

”Kita bercakap mengenai Rio Ferdinand adalah pemain yang hebat ketika bersama bola. Tetapi kita lupa bahawa Rio adalah seorang pertahanan yang hebat dan Terry pula hebat ketika bersama bola.”

”Terry boleh melakukan hantaran sejauh 60 atau 70 meter dengan menggunakan kaki kirinya – seorang ‘ ball playing centre back’ di dunia juga akan bergelut untuk melakukannya.”

”Jadi dia pastinya salah seorang yang anda fikir pemain terhebat, dan anda akan dapat melihatnya ketika bersama England. “

Kredit foto: Alex Pantling/Getty Images

Baca juga artikel kami yang lain mengenai John Terry:

Leave a Reply