Quantcast

BERITA

Lewandowski Kini Merupakan Pemegang Ijazah Dalam Bidang Pendidikan Sukan

Penyerang Poland dan bintang Bayern Munich, Robert Lewandowski menerima Ijazah pertamanya sehari selepas membantu Poland layak ke Piala Dunia tahun depan.

Pada hari Ahad lalu, Lewandowski menjaringkan gol ke 16 dalam kempen Kelayakan Piala Dunia untuk memastikan Poland tempah tiket di Piala Dunia sejak 2006 dengan kemenangan 4-2 keatas pasukan Montenegro.

Beliau merupakan pelajar cemerlang daripada Academy of Sport Education di Warsaw dan lulus dalam peperiksaan Ijazah Sarjana Muda.

Gambar kredit : Academy of Sports Education Warsaw

Lewandowski juga berhadapan dengan beberapa panel daripada akademi itu untuk menjawab beberapa soalan berkaitan dengan thesis miliknya.

Salah seorang daripada pensyarah akademi itu, Marek Rybinski berkata, jawapan yang dilontarkan oleh Lewandowski sangat cemerlang.

Penulisan thesis daripada Lewandowski berkisar tentang pendidikan kejurulatihan dan pengurusan bola sepak serta mengisahkan tentang kerjaya bola sepaknya daripada zaman kanak-kanak sehinggalah bermain di stadium yang besar di hadapan ribuan penyokong.

Ia juga berkaitan dengan cita-cita dan sokongan padu terhadap sukan ini daripada keluarganya.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!