Kini Semua Pasukan Bundesliga Tumbang Kepada Robert Lewandowski

Robert Lewandowski

Penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski kini telah mencatatkan rekod yang cukup cemerlang beliau sebagai pemain kelab tersebut selepas menjaringkan gol semalam.

Dalam aksi Bundesliga menentang Fortuna Dusseldorf, Lewandowski telah menyumbangkan dua gol dalam kemenangan 5-0 ke atas pasukan tersebut.

Tiga lagi gol disumbangkan oleh Benjamin Pavard, Alphonso Davies dan juga gol sendiri dari pasukan lawan.

Menurut laman Squawka, Lewandowski kini telah mencatatkan rekod jaringan yang cukup membanggakan selepas berjaya menggegarkan kesemua pasukan dalam saingan Bundesliga yang dihadapi beliau.

Hal ini kerana, sebelum ini Lewandowski tidak berjaya untuk menjaringkan gol Bundesliga menentang Fortuna Dusseldorf. Selepas perlawaan semalam, rekod itu berjaya dipatahkan dengan dua gol oleh beliau.

Dua gol yang terhasil dari beliau semalam turut meletakkan Lewandowski kini berada dalam kedudukan terbaik untuk melarikan diri dari kelompok pengejar yang lain dalam misi menjadi penjaring terbanyak Bundesliga.

Lewandowski telah menjaringkan 29 gol dari 29 perlawanan – lima gol mendahului Timo Werner dari RB Leipzig yang menjaringkan 24 gol.

Saingan penjaring terbanyak di Jerman jelas merupakan saingan dua penjuru melibatkan Lewandowski dan juga Werner.

Hal ini disebabkan Jadon Sancho (Borussia Dortmund) ditangga ketiga carta ketinggalan 10 gol dibelakang Werner dan 15 gol dibelakang Lewandowski.

Rekod Lewandowski kini telah menjadi 43 gol dijaringkan oleh beliau pada musim ini dalam semua kejohanan dan beliau berada dalam kedudukan terbaik untuk mengejar kasut emas Eropah musim ini.

Seandainya berjaya dirangkul gelaran tersebut, Lewandowski akan menjadi pemain yang memecahkan penguasaan dua hala Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo dalam anugerah tersebut sejak 10 musim yang lalu.

Hanya Luis Suarez sahaja yang berjaya memenangi anugerah tersebut pada 2016.

Baca juga artikel kami mengenai Robert Lewandowski:

Leave a Reply