Bayern Letak Hernandez Sebagai ‘Umpan’ Untuk Dapatkan Sane

Lucas Hernandez

Bayern Munich sedia menawarkan Lucas Hernandez kepada Manchester City sebagai sebahagian daripada perjanjian untuk mendapatkan sasaran utama mereka, Leroy Sane.

The Bavarian  berusaha keras untuk membawa masuk Sane ke Allianz Arena sejak msuim panas lepas sekalipun pemain berusia 24 tahun itu masih belum membuat sebarang penampilan bersama City pada musim ini selepas dilanda kecederaan lutut yang serius semasa perlawanan Perisai Komuniti pada awal musim.

Namun menurut laporan 90min, kecederaan itu tidak menghalang usaha Bayern untuk mendapatkan khidmat Sane dan menjadikan Hernandez sebagai ‘pertukaran’.

https://twitter.com/TransfersLlVE/status/1266696791723999233?s=20

Pemenang Piala Dunia 2018 itu menyertai Bayern Munich pada musim panas lepas dengan reputasi cukup tinggi dengan rekod pembelian €80 juta (RM386 juta) iaitu nilai perpindahan termahal dalam sejarah Bundesliga, namun sejak kebelakangan ini, bekas pemain Atletico Madrid itu bergelut untuk menempatkan diri dalam kesebelasan utama.

Statistiknya bersama pasukan pada musim ini agak mengecewakan jika dibandingkan dengan seorang lagi pemain pertahanan kiri, Alphonso Davies.

Walaupun beraksi secara konsisten pada awal musim, beliau telah dilanda kecederaan buku lali pada Oktober yang menjadi titik permulaan kepada ‘kejatuhannya’ apabila Davies berjaya mengambil kesempatan dengan mempamerkan aksi cemerlang sepanjang ketiadaannya itu.

Davies yang baru berusia 19 tahun kini dicanang sebagai salah seorang pertahanan kiri terbaik di dunia dan sudah beraksi dalam 35 perlawanan dalam semua pertandingan pada musim ini dengan merekodkan dua gol dan sembilan bantuan jaringan.

Ia sekaligus menyukarkan Hernandez untuk kembali menembusi skuad utama. Tambahan pula Hansi Flick yang mengambil alih pasukan dilihat lebih gemar menggandingkan Davies dengan David Alaba yang lebih banyak ditukar posisi ke pertahanan tengah.

Oleh yang demikian, Bayern kini juga dikatakan bersedia untuk menjadikan Alaba sebagai ‘umpan’ dalam rundingan mendapatkan Sane memandangkan harga yang diletak oleh City sekitar £100 juta terlalu tinggi dengan impak kewangan yang sedang melanda kelab tersebut ketika ini.

The Citizen ketika ini agak terdesak untuk mendapatkan pertahanan kiri baharu dengan keadaaan Benjamin Mendy yang sering dilanda masalah kecergasan dan kecederaan berulang sejak tiba dari Monaco pada 2017.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Lucas Hernandez dan Bayern Munich:

Leave a Reply