Toni Kroos: Pemain ‘Gay’ Masih Sukar Diterima Dalam Bola Sepak

Toni Kroos

Pemain tengah Real Madrid, Toni Kroos berkata beliau tidak akan memberi galakan kepada pemain bola sepak ‘gay’ untuk secara terbuka mendedahkan kecenderungan seksual mereka memandangkan persekitaran dunia bola sepak ketika ini sukar untuk menerima perkara itu.

Bola sepak di Eropah sejak kebelakangan ini menyokong kempen untuk masyarakat tidak mendikriminasikan golongan LGBT, tetapi dalam kalangan pemain bola sepak lelaki, hanya beberapa indivudu sahaja yang berani untuk mengakui mereka adalah ‘gay’.

Antaranya Pengarah Sukan Stuttgart yang juga bekas rakan sepasukan Kroos, Thomas Hitzleperger yang mengakui seorang gay pada 2014, selain bekas pemain England era 90-an, Justin Fashanu serta pemain Amerika Syarikat (AS), Robbie Rodgers.

Ia agak berbeza dengan bola sepak wanita di mana beberapa pemain ternama seperti Megan Rapinoe, Sam Ker dan Casey Stoner secara terbuka mengakui mereka sebagai lesbian.

Dalam temubual yang disiarkan 90min, Kross mengulas mengenai kurangnya penglibatan LGBT dalam bola sepak lelaki.

“Secara asasnya, semua orang bebas untuk hidup dengan jalan yang mereka pilih, tiada keraguan tentang perkara itu. Tetapi saya tak tahu adakah patut untuk saya menggalakkan pemain bola sepak yang aktif untuk mengakui mereka seorang ‘gay’.

“Dalam perlawanan bola sepak seringkali keluar perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya dan ia mungkin akan membawa kepada tekanan emosi mereka termasuk kata-kata kecaman dari penyokong. Saya tak berani jamin mereka tak akan dihina dan dikutuk,” kata pemain berusia 30 tahun itu.

Dalam kejohanan Piala Dunia Wanita 2019 di Perancis, terdapat lebih 30 pemain lesbian atau biseksual, tidak termasuk yang tidak mengakui secara terbuka kerana datang dari negara dengan tradisi yang lebih ‘konsorvetif’ seperti Cameroon, Jamaica dan Nigeria.

Ianya jauh berbeza dengan Piala Dunia 2018 (lelaki) di mana tiada seorang pun pemain yang berani mendedahkan orientasi seksual mereka sebagai gay atau biseksual.

“Mungkin mereka yang mengambil langkah [mengaku gay] itu akan mendapat sokongan sebahagian orang, tetapi saya yakin ianya masih jauh untuk diterima,” ujar Kroos lagi.

“Jadi setiap pemain harus memilih sendiri adakah langkah itu akan dianggap satu kelebihan atau kekurangan. Jika tanya pendapat saya, buat masa sekarang ia tidak akan membawa kepada kebaikan.”

Kredit Foto: Getty Images

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Toni Kroos dan Real Madrid:

Leave a Reply