Alvaro Morata: Satu Mimpi Dapat Kembali Bersama Juventus

Alvaro Morata

Alvaro Morata mengakui peluang dapat kembali menyarung jersi Juventus adalah merupakan satu mimpi buatnya dan menegaskan bahawa menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menjadi matlamatnya pada ketika ini.

Juventus bukanlah asing buat pemain kelahiran Madrid itu apabila beliau pernah menjadi tonggak utama jentera serangan skuad The Old Lady pada musim 2014/15 dan 2015/16.

Selain memenangi kempen Serie A dan Coppa Italia bagi kedua-dua musim tersebut, Morata turut pernah merasai nikmat perlawanan akhir UCL bersama Juventus pada musim 2014/15 tetapi mereka kecundang 1-3 di tangan Barcelona walaupun beliau berjaya menjaringkan gol penyamaan.

Sehubungan dengan itu, Morata melihat fokus utamanya pada kali ini adalah untuk menghadiahkan kejuaraan UCL yang kali terakhir dimenangi kelab tersebut pada musim 1995/96.

”Juve mendapatkan khidmat saya ketika saya masih muda dan kembali ke sini adalah merupakan impian saya,” ujar Morata menurut laporan Goal.

”Meninggalkan Juventus bukanlah keputusan saya. Saya sangat gembira di Madrid tetapi amat penting buat saya sekarang ini untuk berada di sini dan saya tetap berhubung dengan semua orang selama bertahun-tahun.”

”Ia merupakan memori yang hebat dan sekarang kami mempunyai cabaran baharu untuk dihadapi bersama-sama.”

”Liga Juara-Juara Eropah sangat penting buat Juventus. Sekiranya kami dapat memenanginya pada tahun ini, saya akan menjadi seorang yang paling gembira di dunia. Kami mahu untuk memenanginya,” tambah Alvaro Morata lagi.

Kredit featured image: Daniele Badolato – Juventus FC/Juventus FC via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Juventus:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN