Selepas berjaya memastikan Real Madrid mara ke pusingan kalah mati saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Zinedine Zidane sempat bergurau mengatakan beliau tidak akan sama sekali mampu menyamai pencapaian bekas pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson.
Pengurus warga Perancis itu sebelum ini telah mencipta kejutan muncul pengurus pertama menjuarai UCL tiga kali berturut-turut dan turut mengumpul dua kejuaraan La Liga.
Bagaimanapun Zidane tidak rasa beliau mampu untuk mengikut jejak Ferguson yang mengumpul 38 trofi kejuaraan sepanjang 27 tahun bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut.
Sir Alex Ferguson's trophy cabinet.
Simply the greatest. pic.twitter.com/A19vcg8sea
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) January 6, 2017
“Saya tidak fikir saya akan jadi seperti Alex Ferguson di Real Madrid, itu sudah pasti,” ujar Zidane ketika ditemubual dalam sidang media selepas perlawanan.
“Saya cuma mahu menikmati apa yang saya sedang lakukan. Saya sendiri pun tak tahu berapa lama lagi saya akan berada di sini, saya tak fikir pun mengenainya.
“Saya cuma fikir hari demi hari yang saya lalui dan betapa beruntungnya saya untuk berada di kelab yang menakjubkan ini di samping pemain-pemain yang hebat. Saya sangat gembira, terutamanya apabila mencapai kemenangans seperti hari ini.
“Secara peribadi, peluang seperti ini mungkin hanya sekali sahaja dalam hidup. Masih banyak perkara yang perlu ditingkatkan untuk pasukan ini dan saya pun tak tahu sampai bila saya akan terus berada di sini.”
Jurulatih berusia 48 tahun tersebut sebelum ini didesak untuk melepaskan jawatannya kerana prestasi tidak konsisten Real sejak kebelakangan ini. Namun beliau berharap dapat diberi peluang sekurang-kurangnya sehingga penghujung musim ini.
“Saya pun sudah agak lama di Sepanyol, di Madrid ini. Jadi saya mahu teruskan sedikit sahaja lagi,” katanya lagi.
🔝Zidane as @RealMadrid coach:
✅150 wins
🏆11 titles
⚽536 goals #RealFootball | #HalaMadrid pic.twitter.com/n3we0kwkFL— Real Madrid C.F. 🇬🇧🇺🇸 (@realmadriden) December 10, 2020
Beliau turut memuji semua pemainnya terutamanya Karim Benzema yang meledak dua gol menerusi tandukan untuk menundukkan Borussia Monchengladbach 2-0 untuk meletakkan Real Madrid sebagai pendahulu kumpulan B dengan 10 mata.
Ia juga marupakan kemenangan ke-150 buat Zidane sepanjang dua kali mengurus kelab tersebut di mana beliau telah pun meraih 11 kejuaraan utama untuk Los Blancos.
“Saya gembira dengan perlawanan ini. Saya rasa kami beraksi dengan sangat baik kerana semua pemain tahu mereka bermain pada malam ini untuk apa.”
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Zinedine Zidane dan Real Madrid:
Zidane Perlukan Dominik Szoboszlai Untuk Pulihkan Real Madrid
Zidane Semakin Tertekan, Pochettino Calon Utama Pengganti Di Real
Zinedine Zidane: DNA Real Madrid Adalah Untuk Memenangi Piala