Zidane Perlukan Dominik Szoboszlai Untuk Pulihkan Real Madrid

Dominik Szoboszlai Real Madrid

Prestasi tidak menentu Real Madrid sejak kebelakangan ini mendorong Zinedine Zidane untuk mendapatkan pemain muda sensasi Hungary, Donimik Szoboszlai bagi membantu beliau memulihkan pasukannya.

Pemain tengah Red Bull Salzburg tersebut sememangnya telah menjadi sasaran beberapa kelab gergasi Eropah ekoran prestasi luar biasa yang dipamerkannya pada musim ini termasuk dalam kejohanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Setakat ini beliau telah merekodkan lapan gol dan sembilan bantuan jaringan daripada 17 perlawanan dalam semua pertandingan dan pencapaian tersebut mendorong Zinedine Zidane untuk membawanya ke Santiago Bernabeu pada bulan Januari ini sebaik sahaja pintu perpindahan dibuka.

https://twitter.com/blancoslive/status/1335159041115435011?s=20

Menurut sumber dari Marca, Zidane telah pun menghubungi pemain berusia 20 tahun tersebut dalam beberapa hari ini bagi meyakinkannya untuk berhijrah ke Real Madrid sebagai langkah terbaik untuk perkembangan kariernya.

Masalah kecederaan Eden Hazard dan permintaan pindah daripada Isco menyebabkan Zidane kini kekurangan pemain dalam skuad utama selepas kehilangan beberapa pemain yang dijual dan dipinjamkan pada awal musim ini.

Namun pengurus warga Perancis itu berdepan dengan saingan daripada beberapa kelab lain seperti AC Milan, Arsenal, Liverpool, Bayern Munich dan RB Leipzig yang turut berminat untuk mendapatkannya dengan kelab Austria tersebut dilaporkan meletakkan nilai €25 juta untuk pemainnya itu.

Pengurus Leipzig Julian Nagelsmann juga sebelum ini telah pun menyatakan minatnya terhadap Szoboszlai dan hubungan baik Salzburg dan Leipzig pasti akan membuka jalan yang lebih mudah untuknya.

Justeru itu, Zidane berdepan dengan tugas berat untuk memastikan sasaran utamanya itu berjaya disambar untuk memastikan beliau dapat mengembalikan prestasi terbaik pasukannya dan sekurang-kurangnya dapat mempertahankan kejuaraan La Liga.

Beliau kini telah menerima tekanan terutamanya daripada penyokong Los Blancos untuk meletakkan jawatan supaya pengurus baharu yang dilantik dapat memberikan nafas baharu kepada juara 13 kali kejohanan Eropah tersebut.

RB Salzburg ternyata memperoleh keuntungan dalam beberapa musim ini dengan urusan jual beli selepas beberapa pemain berbakatnya disambar oleh beberapa kelab utama Eropah.

Antaranya Erling Haaland (Borussia Dortmund), Naby Keita, Takumi Minamino (Liverpool), Munas Dabbur (Sevilla) Dayot Upamecano dan Hwang Hee-chan (RB Liepzig).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Dominik Szoboszlai dan Real Madrid:

Zidane Semakin Tertekan, Pochettino Calon Utama Pengganti Di Real

Walaupun Ketika Covid-19, Real Madrid Tetap Catat Keuntungan

Penyerang Muda Benfica Darwin Nunez Jadi Rebutan Man City, Real Madrid

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN