Rene Meulensteen: Paul Pogba Tak Memenuhi Tahap Yang Diharapkan Man Utd

Paul Pogba

Bekas penolong pengurus Manchester United, Rene Meulensteen tanpa berselindung mengakui Paul Pogba tidak memenuhi harapan dan tahap yang diharapkan oleh kelab tersebut.

Pogba terus menjadi tumpuan utama terutamanya dalam kalangan peminat Manchester United apabila masa depannya di Old Trafford kini dilihat berada di persimpangan. Hal ini kerana ejen beliau, Mino Raiola mendedahkan bahawa masa Pogba bersama The Red Devils sudah berakhir.

Raiola dalam pada itu turut mendedahkan bahawa pemain tengah berusia 27 tahun itu tidak gembira bersama kelab tersebut.  Kenyataan yang boleh dikatakan kontroversi itu dikeluarkan Raiola sebelum perlawanan hidup atau mati dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2020/21 bertemu RB Leipzig di Jerman.

Sehubungan dengan perkara tersebut, Meulensteen yang pernah melatih Pogba sewaktu karier awalnya di Manchester United melihat keburukan kenyataan dikeluarkan Raiola itu.

”Ini menjadi titik perbincangan yang berterusan sejak Paul Pogba kembali semula menyertai Manchester United. Dengan perlawanan besar yang bakal dihadapi bertemu Leipzig, menghebahkan perkara ini di media adalah merupakan langkah yang amat teruk dilakukan ejennya.”

”Saya tidak tahu seberapa besar pengaruh Pogba, tetapi saya berpendapat bahawa penting sebagai pemain yang anda mahukan terbaik untuk pasukan, anda mahu memastikan mereka fokus terhadap perlawanan sebesar itu.”

”Ia merupakan satu gangguan yang cukup besar,” ujar Meulensteen menurut laporan dikeluarkan Sky Sports.

”Pada pendapat peribadi saya, Paul tidak memenuhi harapan dan tahap yang diharapkan daripada seorang pemain dengan kualiti yang ada padanya.”

”Jelas saya mengenalinya sejak dari peringkat awal saya di Manchester United dan saya melihat dia merupakan seorang pemain dengan masa depan yang cukup hebat menantinya. Anda juga boleh melihat kualiti yang dimilikinya.”

Kredit featured image: Stuart Franklin/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Paul Pogba:

Raiola: Pogba Perlu Pergi, Dia Dah Tak Gembira Di Manchester United

Didier Deschamps: Paul Pogba Tak Gembira Di Manchester United

Paul Pogba: Impian Semua Pemain Bola Sepak Nak Sertai Real Madrid

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN