Zainal Abidin Hassan, Kisah Pemain Total Yang Hebat!

Tahukah anda bahawa Malaysia pernah memiliki pemain total / Total Player pada satu kettika dahulu?

Total player adalah penain yang boleh bermain semua role dengan/efektif dengan mengambil kira sumbangan dan kemampuan melakukan tugas bertahan apabila bertahan dan menjaringkan gol bila menyerang serta berkesan memberikan servis apabila diarahkan bermain di posisi tengah.

Memang ramai pemain boleh beraksi banyak posisi namun tak ramai seperti Zainal Abidin. Ramai pemain boleh beraksi dalam 2-3 posisi tetapi dari segi produk akhir dan konsistensi, mereka masih bukan boleh disebut pemain total.

Di Eropah, pemain seperti James Milner antara pemain yang diberikan peranan pemain total ini. Musim lalu, Mario Mandzukic daripada no.9 kepada pemain sayap kiri defensif dalam sistem Allegri.

Baca juga: Evolusi Mario Mandzukic Kepada Pemain Total Di Bawah Allegri

Dalam kem Malaysia yang ada pada hari ini kita melihat pemain seperti Adam Nor Azlin cuba dibangunkan menjadi pemain total.

Mungkin ramai pembaca kami yang akan menyenaraikan beberapa pemain yang boleh bermain di banyak posisi. Tetapi untuk menepati kriteria pemain total, pemain itu haruslah efektif ketika menyerang dan seorang yang berdisiplin ketika bertahan.

Pemain seperti Messi dan Ronaldo boleh bermain di mana-mana peranan di serangan tetapi mereka masih bukan pemain total.

Pemain seperti Marcelo misalnya, boleh bertahan dan menyerang tetapi masih bukan pemain total kerana beliau masih belum benar-benar diarahkan bermain di peranan serangan secara komprehensif.

Karier awal

Zainal Abidin Hassan dilahirkan pada 9 November 1963 di Selangor. Beliau merupakan pemain dan legenda yang signifikan dengan pasukan Pahang dan juga Selangor.

Zainal memang seorang yang cemerlang bersukan dari usia awal lagi. Beliau aktif dalam banyak sukan. Pada awalnya sukan utama beliau adalah sepak takraw.

Zainal pernah dianugerahkan atlit sepak takraw terbaik peringkat MSSM. Namun bakat beliau terus berkembang sebagai pemain bolasepak dan ia mengatasi pembabitan beliau di lapangan lain.

Pemain bola sepak profesional

Zainal Abidin memulakan kerjaya sekitar 1980 dalam usia belasan beliau sudah bermain disamping legenda era emas bolasepak Selangor dan Malaysia yang sangat kuat di Asia pada ketika itu.

Beliau berkongsi padang dengan Santokh Singh, Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun dan Spiderman Arumugam pada usia muda. Ia memang memberikan banyak manfaat kepda Zainal yang berkembang sebagai antara pemain yang serba boleh (most decorated).

Pada karier awal di Selangor Zainal membantu Selangor menjuarai Piala Malaysia secara bertturut-turut pada musim 1981 dan 1982.

Zainal sangat serba boleh dan hampir boleh beraksi di semua posisi di dalam padang. Ini yang membolehkan beliau sangat senang menembusi kesebelasan utama.

Memang pada era dulu pemain akan beraksi banyak posisi kerana penekanan kepada posisi utama adalah tidak begitu penting.

Zainal lebih kepada pemain yang berfikiran defensif (defensive minded). Pada awal di Selangor dan banyak beraksi sebagai bek sisi sebelum ditukar kepada peranan menyerang.

Ketika di Pahang, Zainal membentuk duo terbaik dengan Yunus Alif. Beliau juga cemerlang bergandingan dengan Dollah Salleh pada kepulangan kedua beliau di Pahang.

Gandingan Dollah dengan Zainal adalah lebih signifikan dan pernah digelar ‘the deadliest duo’.

Selepas 2 tahun di Selangor, Zainal mencari pengalaman baru ke Pahang pada tahun 1983. Zainal dilepaskan ke Pahang dan kembali ke Selangor semula pada 1985 dengan penuh insiden tarik tali antara Selangor dan Pahang.

Selangor mahukan khidmat pemain muda produk mereka manakala Pahang pula sememangya meletakkan nama Zainal sebagai antara pemain penting dalam musim baru.

Dari pertahanan ke serangan

Usaha Pahang untuk menukarkan Zainal kepada serangan ketika di bawak kendalian Frank Lord, telah memberi manfaat besar kepada beliau.

Ketika kembali semula ke Selangor, Zainal menjadi penjaring terbanyak Liga Malaysia dengan 12 gol pada 1989 sekaligus membantu Selangor mengekalkan kejuaraan pada 1989.

Zainal turut membantu Malaysia memenangi pingat emas sukan SEAP (SEA) menewaskan Singapura 1989.

Wow ! Dari pemain pertahanan ditukarkan ke serangan dan memenangi kasut emas adakah ia cuma nasib?

Tidak kerana pada kepulangan kedua beliau menyertai Pahang, beliau membentuk gandingan paling digeruni di Malaysia.

‘Golden Generation’ Pahang yang ibarat ‘fantasy football / dream team’ dengan adanya Khairul Azman, Mubin Mokhtar Alan Davidson, Dollah Salleh dan Fandi Ahmad.

Zainal menjadi pemenang kasut emas Liga M sekali lagi dan membantu Pahang menjuarai Liga. Beliau turut membantu pasukan Pahang memenangi Liga Perdana pada 1995.

Gandingan ini juga turut memberikan kejuaraan double untuk Pahang pada 1992 apabila mereka menamatkan musim dengan menjuarai Piala Malaysia 1992.

Pahang, Juara Divisyen 1 menewaskan pasukan juara divisyen 2 Kedah yang dibarisi lagenda seperti Radhi Mat Din, Tibor Szaban, Peter Nieketien, Manja Man dan orang besi Olunbumi Adigun.

Pemain total Malaysia

Di peringkat kebangsaan beliau sentiasa menjadi pilihan utama jurulatih kerana sifat utiliti yang ada pada beliau.

Beliau pernah ditukarkan kepada ‘sweeper role’ ketika menentang Finland dan ramai yang masih ingat ‘on the line clearance’ beliau pada ketika itu.

Era Zainal Abidin mungkin menjadi era kedua golden generation selepas era Super Mokh. Pada ketika inilah Malaysia masih menjadi kuasa bolasepak serantau dan menguasai kejohanan seperti Pesta Bola Merdeka.

Era yang memiliki lagenda seperti Azmi mahmud, Mubin Mokhtar,Radhi mat din, Razip Ismail, Dollah Salleh, Rashid Hassan, Azizol Abu Haniffa, Yap Kam Choon, Shebby singh, Subadron Aziz, P. Ravindran, Yap Wai Loon, Azman Adnan, Khairul Azman serta LimTeong Kim.

Akhir karier

Setelah cemerlang di Pahang, Zainal kembali ke Selangor dan menamatkan karier di negeri kelahiran beliau pada 1999. Zainal adalah pemain yang lasak dan berstamina tinggi di dalam padang.

Namun pada era kembali ke Selangor sebelum bersara Zainal berdepan masalah penurunan prestasi dan sangat tak konsisten. Namun Zainal sentiasa menjadi pemain penting dengan pengalaman yang ada.

Penurunan mungkin kerana corak permainan beliau yang bergantung kepada kekuatan fizikal.

Pencapaian istimewa

Beliau masih kekal penjaring ke- 3 terbanyak dengan 78 gol dalam sejarah bolasepak Malaysia di belakang Supermokh (125) dan juga kaki emas Ghani Minhat (106).

Siapa yang akan sangka penyerang ‘converted’ ini akan mencapai sesuatu seperti ini dalam karier.

Beliau muncul dalam 138 caps untuk skuad kebangsaan. Namun pada era beliau terlalu ramai pemain dibunuh oleh bookie sedangkan mereka ada angkatan yang cukup menarik dalam sejarah Malaysia.

Kesannya cuma berberapa kerat yang benar benar ‘clean’ dan tidak mampu membentuk unit yang lengkap.

Pada 1996, Zainal membantu Malaysia mara ke perlawanan akhir Piala Tiger 1996 namun begitu tewas di tangan Thailand hasil jaringan tunggal pemenang kasut emas kejohanan Natapong Sritong-in.

Zainal dan Kiatisuk menjaringkan gol dalam pertemuan seri 1-1 di peringkat kumpulan sebelum itu. Kejohanan ini yang turut menjadi kenangan indah untuk pemain Sarawak Shamsurrin Abdul Rahman yang turut meledak bereberapa gol.

Malaysia mungkin tewas namun Zainal memenangi anugerah peribadi, Pemain Terbaik kejohanan. Kejohanan ini turut membariskan lagenda terbaik dalam sejarah Asia Tenggara seperti Kiatisuk Senamuang, Azman Adnan, Woorawut Srimaka, Kurniawan Dwi Yulianto, dan Fandi Ahmad serta ramai lagi.

Ketika bergelar pemain beliau ada kekuatan fizikal yang luar biasa. Beliau adalah bek tengah yang kental dan juga penyerang yang berbisa.

Kelab seperti FC Groningen iaitu bekas kelab Fandi Ahmad pernah dikaitkan mahukan khidmat beliau. Berberapa kelab Asia lain juga berminat dengan beliau namun Zainal memilih untuk kekaa di Liga M yang menuju era semi pro dan semakin rancak.

Zainal selayaknya diklasifikasikan sebagai pemain total.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN