Bekas Calon Presiden Barca Lancarkan Kempen Singkir Bartomeu

Bekas calon Presiden Barcelona, Agusti Benedito telah melancarkan kempen singkirkan Josep Maria Bartomeu yang dianggap sudah hilang kawalan ke atas organisasi yang ditadbir beliau.

Benedito kini sedang berusaha untuk mendesak ‘board’ Barcelona untuk mengadakan mesyuarat luar biasa untuk undi tidak percaya ke atas Bartomeu.

Benedito tewas 2 kali dalam pemilihan Presiden Barcelona iaitu pada 2010 dan 2015. Antara calon yang menewaskan beliau sudah pastilah Bartomeu.

Mendengar keluh kesah penyokong ke atas dasar dan prestasi Bartomeu sejak mengambil alih pentadbiran Barcelona, Benedito meminta agar pihak Barcelona melakukan sesi pengundian tidak percaya ke atas Bartomeu.

Antara isu yang dibangkitkan untuk menyingkirkan Bartomeu adalah:

1. Kegagalan dalam beberapa isu termasuk cukai

2. Isu pembelian Neymar dari Santos yang masih belum selesai dan dalam siasatan

3. Penjualan Neymar ke PSG

4. Kegagalan menandatangani pemain ‘marquee’ seperti Phillipe Coutinho, Verratti dan ramai lagi.

Kini semakin ramai pemain Barcelona yang keluar daripada kelab kerana kecewa dengan pengurusan. Antara pemain yang lantang mengkritik adalah Dani Alves dan Neymar.

Barcelona kini sedang bergelut untuk meyakinkan pemain seperti Sergi Roberto.

Bartomeu juga didapati berbohong dalam kes Lionel Messi yang dilaporkan beliau sudah menandatangani kontrak lanjutan awal Julai lalu.

Maklumat yang bercanggah apabila Timbalan Presiden Barcelona pada bulan lalu menyatakan kenyataan Bartomeu itu tidak mewakili Barcelona. Messi ketika itu masih dalam proses perbincangan untuk kontrak baru.

Seterusnya, Pep Segura pula meyakinkan penyokong Barcelona yang mereka dalam proses akhir membawa Dembele dan Coutinho ke Barcelona.

Namun hal itu tidak berlaku. Mereka hampir terlepas Dembele dan mengambil masa agak lama untuk memeterai perjanjian dengan Dembele yang dibayar dengan harga terlalu besar.

Benedito berkata kepada media:

“Situasi krisis di Barcelona hari ini adalah dari segi sosial, institusi dan ekonomi. Saya percaya dari segi pergerakan kelab ini, Bartomeu gagal mengawal keadaan dalam beberapa minggu kebelakangan ini.”

Barcelona dilaporkan menerima usul itu tetapi ia memerlukan 15% undian daripada ahli kelab yang berdaftar. Ini bermakna Benedito memerlukan sokongan 16,570 ahli kelab dalam masa 14 hari setelah usul itu dihebahkan.

Selepas itu, satu undian dilakukan dan ia memerlukan 2/3 daripada undi tidak percaya di kalangan ahli ke atas Bartomeu.

Usaha Benedito ini turut disokong oleh ramai pihak. Antaranya adalah timbalan presiden untuk bahagian sosial Barcelona, Jordi Cardoner. Beliau berkata:

“Ini adalah masa yang sesuai untuk melakukannya. Dan bagi pihak kami, biasanya perkara sebegini dilakukan pada akhir musim selepas evaluasi ke atas prestasi.”

“Namun dengan sokongan daripada ‘board’ ia juga sesuai dilakukan ketika musim baru bermula.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN