Thibaut Courtois Sahkan Diego Costa Kekal Di Chelsea, Bergurau Di Instagramnya

Diego Costa

Jendela perpindahan di Eropah selalu diingati kerana urusan pembelian pemain dengan nilai wang yang ‘tidak masuk akal’ sejak akhir-akhir ini. Tidak kurang juga isu permintaan pemain untuk berpindah yang tidak berjaya dipenuhi oleh kelab mereka. Diego Costa antara nama besar yang terlibat dalam permasalahan ini.

Costa menyuarakan minat untuk kembali pulang ke Atletico Madrid selepas beliau menerima pesanan aplikasi Whatsapp daripada Antono Conte yang mengatakan khidmat beliau tidak diperlukan pada musim baru ini.

Keadaan itu membuatkan pemain Sepanyol kelahiran Brazil tersebut bersungguh-sungguh mahu meninggalkan Chelsea.

Diego Costa masih boleh berpindah ke Atletico pada hari Jumaat lepas kerana jendela perpindahan masih terbuka selama 24 jam di Sepanyol tetapi peluang  untuk kedua-dua kelab untuk melakukan rundingan agak tipis.

Beliau sudah pasti tidak gembira dengan keadaan tersebut tetapi nampaknya Costa perlu kekal di Stamford Bridge.

Dan tindak balas terbaik mengenai kegagalan Costa meninggalkan Chelsea datangnya dari penjaga gol  utama, Thibaut Courtois.

Penjaga gol kebangsaan Belgium itu memuatnaik gambar ke akaun Instagramnya yang menunjukkan beliau dan Costa meraikan kejayaan Liga Perdana musim lalu tetapi dengan ‘caption’ yang ternyata menggeletek hati penyokong Chelsea.

Courtois menggunakan ayat “Se queda,” merujuk kepada apa yang ditulis oleh Gerard Pique sebelum ini bagi memujuk Neymar untuk kekal menjadi pemain Barcelona walaupun Paris Saint-Germain menunjukkan minat terhadap Neymar.

“Se queda,” membawa maksud “dia kekal” dan semua tahu apa yang berlaku kepada Neymar selepas itu, ia hanya gurauan dari Thibaut Courtois dalam menyatakan bahawa dia bertanggungjawab untuk meyakinkan Costa untuk terus kekal di Chelsea.

Diego Costa
Muatnaik yang dilakukan oleh Thibaut Courtois di laman Instagramnya.

Gurauan tersebut kebanyakannya ditertawakan oleh pengikut Instagramnya dan rakan sepasukan di Chelsea, David Luiz dan Willian turut memberikan respon terhibur pada ruangan komen.

Kekalnya Diego Costa di Chelsea membuatkan Antonio Conte menyenaraikan pemain tersebut dalam senarai 25 pemain untuk beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.

 

Sumber : 

Joe.co.uk (2017) – https://www.joe.co.uk/sport/thibaut-courtois-brings-the-funny-with-reaction-to-diego-costa-latest-140480

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN