Gary Neville : Alex Oxlade-Chamberlain Tidak Layak Untuk Kesebelasan Utama Liverpool

Gary Neville

Lagenda Manchester United, Gary Neville mempersoalkan bahawa pembelian terbaru Liverpool iaitu Alex Oxlade-Chamberlain samada benar-benar berkualiti untuk menjadi kesebelasan utama The Kops.

Liverpool telah menandatangani pemain tersebut pada hari Jumaat dengan yuran perpindahan sebanyak £ 35 juta dari Arsenal. Pemain antarabangsa England itu telah menolak tawaran yang dibuat Chelsea dan memilih untuk bekerjasama dengan Jurgen Klopp di Anfield.

Keputusan itu diambil setelah Oxlade-Chamberlain yang mahukan aksi sebagai pemain tengah berbanding di bahagian sayap. Klopp mahukannya bermain di bahagian tengah berbanding Antonio Conte yang pastinya akan menggunakan beliau sebagai pemain sayap belakang (wing back).

Gary Neville walau bagaimanapun melihat situasi itu tidaklah semudah yang disangka kerana masih terdapat Philippe Coutinho, Emre Can, Jordan Henderson dan Adam Lallana yang beraksi di posisi yang sama.

Gary Neville

”Oxlade-Chamberlain bukan diantara kesebelasan utama Liverpool,” Jelas Gary Neville kepada Sky Sports.

“Semua orang memberi penghormatan kepadanya selama 24 jam yang lalu, tetapi beliau tidak akan mendapat tempat untuk kesebelasan utama.

“Namun, beliau mampu untuk menguatkan skuad mereka kerana Oxlade-Chamberlain merupakan pemain yang boleh bermain dalam gaya Jurgen Klopp.

“Dia mempunyai bakat yang besar tetapi mempunyai tiga atau empat kelemahan yang mana ia harus dipertingkatkan dengan ketara.”

Neville merasakan Oxlade-Chamberlain perlu melangkah keluar dari “zon selesa” seperti ketika berada di Arsenal jika beliau mahu berjaya di Anfield.

“Beliau mahu melakukannya dengan baik tetapi perlu bangkit dari berada di zon selesa.”

 

Sumber :

Liverpool Echo (2017) – http://www.liverpoolecho.co.uk/sport/football/football-news/gary-neville-questions-alex-oxlade-13562345

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN