Evolusi Mario Mandzukic Kepada Pemain Total Di Bawah Allegri

Pemain total/Total player adalah merujuk kepada pemain yang boleh bermain di kesemua posisi di dalam padang. Ada yang menggelar ia sebagai all-rounder.

Mereka boleh menyerang dan bertahan dengan efektif. Ketika menjadi penyerang mereka boleh menjaringkan gol dengan berkesan.

Ketika bertahan mereka boleh melakukan bentesan dan tugasan pertahanan yang lain. Anda mungkin masih ingat dengan James Milner ketika di Manchester City.

Bagaimana pula dengan pemain lagenda Malaysia, Zainal Abidin Hassan yang juga digelar pemain total kerana boleh bermain dari posisi bek tengah sehingga ke penyerang utama.

Mario Mandzukic

Kegilaan Max Allegri adalah menjadikan Mario Mandzukic sebagai pemain total di dalam pasukan beliau. Bagaimana hal ini berlaku?

Massimiliano Allegri, Mario Mandzukic
(Photo by Gabriele Maricchiolo/NurPhoto via Getty Images)

Dalam sistem Juventus yang ada pada hari ini, mereka sudah tidak terikat dengan 3-4-2-1 ataupun 3-5-2 sahaja. Malah mereka juga bermain sistem bek berempat 4-2-3-1.

Ramai menceritakan bagaimana 3-4-3 menjadi punca kebangkitan Chelsea, namun sangat sedikit cerita tentang tactical tweaks oleh Allegri daripada 3-4-2-1 kepada 4-2-3-1 yang berjaya menguatkan semula cengkaman Juventus.

Ini selepas aksi tidak konsisten pasukan Juve pada beberapa perlawanan di awal musim.

Mandzukic menghabiskan masa beliau sebagai target man dalam karier beliau.

Siapa sangka ketika di Juventus beliau dijadikan penyerang kedua (shadow striker) dan juga kadangkala sebagai penyerang saya dalam sistem 3-4-3.

Hal ini pada awalnya mendapat kritikan dan kurang diyakini ramai pihak. Ini kerana seorang penyerang kedua itu perlu lincah dan laju. Semua itu tidak ada pada Mandzukic.

Namun Mandzukic tetap berjaya memainkan peranan itu dengan baik dengan cara beliau tersendiri.

Allegri mahukan Mandzukic ada dalam pasukan

Ketika fasa Allegri cuba membentuk pasukan dengan 4-2-3-1, Allegri tetap mahukan Mandzukic di dalam pasukan beliau. Apa yang berlaku sangat mengejutkan.

Mandzukic kerap dijadikan pemain sisi oleh Allegri. Ini adalah antara contoh di mana Mandzukic diletakkan sebagai pemain sisi sebelah kanan menentang Barcelona.

Mesti ramai akan merasakan Mandzukic akan statik kerana badan dia yang besar dan berat. Lihat pula heatmap ini. Ia pasti menepis dakwaan itu.

Mandzukic v Barcelona

Mandzukic menjadi pemain sisi defensif dalam sistem Allegri. Peranan yang kita biasa panggil defensive winger.

Dengan adanya Mandzukic, Juventus memiliki pemain yang efektif untuk fleksibiliti di dalam taktikal mereka. Mereka boleh bermain 3-4-2-1 dan berubah kepada 4-4-2/4-5-1 dengan segera.

Bagaimana Mandzukic boleh turun naik dengan berkesan? Itulah penting dalam seni pertahanan. Juventus antara pasukan yang terkenal dengan seni pertahanan.

Mereka mampu melengahkan ancaman lawan. Dalam fasa ini, pemain akan cuba kembali ke titik di mana mereka patut berada ketika bertahan.

Mereka akan membentuk kepadatan (compactness). Seringkali berlaku di dalam negara kita, apabila sudah melihat bahagian belakang sudah padat, ada pemain yang malas untuk turun dan membantu pertahanan.

Dalam prinsip Juventus, tiada jaminan dalam apa jua keadaan. Walaupun mereka ada 3 bek tengah kental sekalipun, mereka tetap mahukan pemain seperti Dybala membantu pertahanan di kawasan mereka.

Mandzukic adalah pemain sudah memahami kehendak taktikal Allegri. Inilah sebab kenapa beliau antara pemain yang diberikan kepercayaan oleh Allegri.

Kepantasan transisi berpasukan lebih penting daripada kepantasan secara individu.

Contonhya jika Allegri mahukan pasukan beliau bertukar daripada taktikal ofensif 3-4-2-1 kepada 4-4-1-1/4-4-2, ini yang akan berlaku.

Untuk sistem yang lebih defensif seperti 4-5-1 dan 5-4-1, anda akan melihat Manzukic akan turun ke bawah untuk mengetatkan lagi kepadatan tersebut.

Lihat bagaimana Mandzukic menjadi ‘punat’ yang menentukan perubahan formasi pertahanan dari 4-5-1 kepada 5-4-1. Formasi asas mereka ketika ini adalah 4-2-3-1.

Ancaman di kawasan serangan

Sebagai penyerang yang berbisa, beliau memang masih menghadirkan ancaman. Asas formasi mungkin membuatkan Mandzukic berada di sisi dan Higuain menjadi pemain target man utama mereka.

Dengan keupayaan pemain seperti Sandro membekalkan kelebaran kepada pasukan, Mandzukic akan membentuk sistem 9 kembar (twin no.9 / target man).

Pada fasa ini, Juventus boleh menghadirkan ancaman menerusi taktikal hantaran silang. Ini adalah fasa di mana anda akan melihat pertukaran peranan (interchange) di antara 3 penyerang.

Dybala – dari penyerang kedua / penyerang sayap (kanan) kepada no.10
Mandzukic – dari penyerang kedua / penyerang sayap (kiri) kepada no.9 (target man)
Higuain – kekal menjadi no.9

Anda juga boleh bayangkan sistem mereka boleh membentuk 4-4-2 dengan menolak Mandzukic ke hadapan juga.

Mandzukic adalah senjata yang sangat bahaya untuk bola di udara. Ini yang menjadikan beliau sebagai pemain penting dalam situasi bola mati.

Beliau juga boleh dijadikan link up player yang penting. Boleh melakukan lay-off kepada pemain di sekitar beliau. Ia juga peranan yang digelar umpan ataupun decoy seperti yang dilakukan Giroud pada Euro tahun lalu.

Rumusan

Usaha untuk menjadikan Mandzukic sebagai pemain total di dalam padang adalah sangat menarik. Namun tidak pasti pemain ini akan diturunkan dalam final kerana Juventus ada pilihan pemain yang banyak.

Namun, jika Mandzukic di dalam padang dalam final, beliau akan menjadi titik penting dalam fleksibiliti formasi pasukan Juventus.

Tidak dinafikan, kelebihan fizikal beliau antara sebab kenapa Allegri mahukan pemain ini di dalam padang.

Namun ia memerlukan jurulatih yang bijak untuk memastikan pemilihan Mandzukic dalam pasukan tidak mengorbankan pemain penting lain.

Itulah dinamakan perancangan taktikal yang bijak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN