Wayne Rooney: Liverpool Berhak Julang Trofi EPL 2019/20

Rooney

Penyerang legenda England, Wayne Rooney tanpa berselindung mengakui bahawa Liverpool sepatutnya diberikan peluang untuk menamatkan aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dan menjulang trofi selaku juara liga paling popular di dunia tersebut.

Liverpool begitu selesa menghuni tangga teratas saingan EPL 2019/20 selepas memiliki kelebihan 25 mata di hadapan pendahulu terdekat yang merupakan juara bertahan bagi dua musim berturut-turut, Manchester City.

Ketika The Reds hanya memerlukan dua sahaja lagi kemenangan untuk mengesahkan kejuaraan sulung mereka di pentas EPL, liga terpaksa dihentikan buat seketika susulan serangan wabak COVID-19 yang semakin mengancam dunia dan tidak terkecuali di England.

Meskipun beliau adalah peminat setia Everton, Rooney tidak menafikan prestasi hebat yang telah dipamerkan skuad bimbingan Jurgen Klopp itu pada musim ini.

”Liverpool akan menang Liga Perdana (Inggeris). Sekarang, seperti yang anda bayangkan, saya mempunyai peminat Everton yang menghubungi dan mengatakan: ‘Musim ini harus dibatalkan’.”

LIVERPOOL, ENGLAND – MARCH 11: The players of Liverpool line up prior to the UEFA Champions League round of 16 second leg match between Liverpool FC and Atletico Madrid at Anfield on March 11, 2020 in Liverpool, United Kingdom. (Photo by Alex Livesey – Danehouse/Getty Images)

”Dan sebagai ‘Evertonian’ dan seorang yang beraksi untuk Manchester United selama 13 tahun, ada sedikit perasaan mengatakan itu adalah sesuatu yang bagus,” ujar Rooney kepada Sky Sports.

”Tetapi tidak. Liverpool telah melakukan sesuatu yang hebat. Mereka telah melakukan banyak kerja. Mereka berhak untuk meraih kejuaraan ini.”

”Boleh anda bayangkan mereka menanti selama 30 tahun dan kemudiannya terpaksa menghadapi keadaan seperti ini? Keputusan yang tepat telah dibuat.”

”Ia juga tepat untuk terma pasukan yang akan dinaikkan pangkat dan tersingkir dari Liga Perdana Inggeris serta slot ke Liga Juara-Juara Eropah. Ini adalah isu besar buat kelab yang terlibat dan saya membayangkan terdapat banyak ‘perbalahan undang-undang’ sekiranya saingan musim ini dibatalkan.”

”Perkara yang adil adalah untuk menamatkan musim 2019/20 – walaupun kita terpaksa kehilangan musim hadapan untuk menjayakan proses tersebut,” ujar Rooney lagi.

Kredit foto: Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Wayne Rooney di bawah:

Leave a Reply