Wayne Rooney: Kebangkitan Semula ‘Si Pele Putih’ Yang Membelah Atlantik Dari Amerika

Rooney

Apakah perkara pertama yang anda fikirkan ketika pertama kali D.C United sah mengikat Wayne Rooney?

Jika ada pemain dari liga utama eropah mengumumkan penghijrahan ke Major League Soccer (MLS) di Amerika Syarikat, anda pasti membayangkan satu perkara.

Itu adalah petanda karier pemain tersebut berada di penghujung, dan MSL adalah persinggahan terakhir sebelum pemain itu mengumumkan persaraan.

NEW YORK, NEW YORK – May 29: Frank Lampard #8, Andrea Pirlo #21 and David Villa #7 of New York City FC in action during the New York City FC Vs Orlando City, MSL regular season football match at Yankee Stadium, The Bronx, May 29, 2016 in New York City. (Photo by Tim Clayton/Corbis via Getty Images)

Thierry Henry, Andrea Pirlo dan Frank Lampard adalah tiga nama besar yang bersara dari bola sepak selepas beraksi bersama pasukan masing-masing di MSL. Henry sempat kembali menyertai Arsenal secara pinjaman selepas itu.

David Beckham juga adalah antara bintang yang pernah mewarnai kancal bola sepak Amerika Syarikat sebelum menyertai Paris Saint-Germain, dan turut bersara selepas itu.

Wayne Rooney

Pada usia 32 tahun, Wayne Rooney juga mungkin akan bersara daripada bola sepak profesional di dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Berbanding nama-nama yang disebut di atas, Rooney dikategorikan sebagai pemain yang lebih unik. Hujahnya ialah kerana Rooney mampu beraksi di pelbagai posisi termasuk di bahagian sayap, tengah dan pertahanan dalam perlawanan besar.

(Photo credit should read BEN STANSALL/AFP/Getty Images)

Ini turut menyerlahkan potensi pemain ini yang kaya dengan kebolehan bola sepak.

Lima kejuaraan Liga Perdana Inggeris, satu Piala FA, tiga Piala Liga, satu UEFA Champions League, satu UEFA Europa League dan satu kejuaraan FIFA Club World Cup, adalah pencapaian beliau sepanjang 13 tahun bersama Manchester United, cukup untuk menceritakan personaliti dan karisma pemain ini ketika di dalam padang.

Merentasi Atlantik ke D.C United

Selepas 16 musim memperagakan aksi di Liga Perdana Inggeris, Rooney akhirnya meninggalkan Everton; kelab asal beliau setelah meninggalkan Manchester United pada 2017.

Memilih untuk merentasi Lautan Atlantik untuk memperagakan kebolehan dirinya, Rooney tidak membuang banyak masa untuk menyesuaikan diri di MLS, sekaligus memberikan dinamik baru dalam mentransformasikan DC United dalam tempoh yang singkat.

Rooney

Kelab yang baru beliau sertai itu sedang bergelut dengan prestasi ketika ketibaan Rooney.

Sebelum Rooney menandatangani kontrak dengan kelab MLS itu, DC United berada di kedudukan terbawah liga Eastern Conference.

Secara statistik, pencapaian mereka amat lemah. Hanya enam mata daripada dua kemenangan melangkaui 14 perlawanan, DC hanya memiliki rekod 14.2% kadar kemenangan, menjaringkan 1.64 gol setiap perlawanan, dan dibolosi purata 2.07 gol setiap 90 minit.

Berpijak di bumi nyata

Walaupun nama Rooney dianggap sebagai marquee signing, debut Rooney di dalam MLS sebenarnya disambut secara sederhana.

Dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-58 dalam kemenangan 3-1 ke atas Vamcouver Whitecaps, penyerang berusia 32 tahun ini menampilkan sekilas keupayaan beliau, termasuk satu bantuan gol, dan sedikit aksi yang seperti sudah berkarat.

Bagaimanapun ianya diaggap sebagai permulaan positif untuk Rooney dalam membuka lembaran baru kepada karier bola sepak di Amerika Syarikat.

Permulaan yang sukar

Jika penampilan pertama sebagai pemain gantian dianggap positif, perkara sebaliknya berlaku buat Rooney ketika tampil buat kali pertama sebagai pemain kesebelasan utama bersama D.C United.

Beliau beraksi selama 66 minit sebelum dikeluarkan dalam kekalahan 3-1 kepada Atlanta United.

Membuatkan keadaan kelihatan parah ialah kesilapan yang dilakukan oleh beliau mengundang gol pembukaan Atlanta. Beliau turut dilayangkan kad kuning  dalam perlawanan tesebut.

(Photo by Patrick McDermott/Getty Images)

Namun bagi jurulatih D.C United, Ben Olsen, tekanan mungkin mempengaruhi sedikit aksi Rooney. Beliau masih berpendapat Rooney mempunyai kualiti yang diperlukan untuk menyinar di MLS.

“Sebelum ini Rooney beraksi bersama pasukan dan pemain dengan kualiti yang lebih baik. Beliau tidak mempunyai isu menyesuaikan diri di sini.

(Photo by Tony Quinn/Icon Sportswire via Getty Images)

“Persembahan Rooney akan bertambah baik selepas beliau lebih mengenali rakan sepasukan yang lain,” ujar Olsen mengenai keputusan beliau mengeluarkan bekas kapten England itu.

Olsen sememangnya tidak silap mengenai telahan beliau itu.

Revolusi ‘Si Pele Putih’

Sebagaimana impak yang dihadirkan oleh Pele dari Brazil di Amerika Syarikat satu ketika dahulu, Rooney yang digelar ‘Si Pele Putih’ turut melakukan perkara yang sama dengan D.C United.

Sejak penampilan sulung untuk DC United, Rooney telah membantu kelab tersebut dari kedudukan  terbawah liga untuk berada di tempat ke-6.

Dalam 18 perlawanan selepas itu, Rooney beraksi 16 sebagai pemain kesebelasan utama, dan dua sebagai pemain gantian.

Hasilnya, 11 kemenangan direkodkan, dan 36 mata dikumpul sepanjang tempoh tersebut.

Ini memberikan kelebihan kepada DC United yang memiliki enam mata kelebihan ke atas Montreal Impact di tangga ketujuh untuk merebut slot terakhir sebagai pasukan keenam untuk layak ke play-off.


Statistik pencapaian DC jelas berubah selepas ketibaan Wayne Rooney di kelab tersebut.

40.6% kemenangan, DC United turut menjaringkan purata 1.78 gol, dan hanya dibolosi sebanyak 1.52 gol untuk setiap 90 minit perlawanan.

Secara keseluruhan, Rooney turut sudah menjaringkan 10 gol dan tujuh bantuan gol untuk pasukan beliau setakat ini.

Jalan terus

Hari ini Rooney beraksi hampir setiap minit pada setiap minggu untuk D.C United.

Aksi beliau secara individu dan prestasi kelab secara keseluruhan tampil lebih konsisten.


Dua gol dalam kemenangan 4-1 ke atas Portland Timbers, hampir disudahkan dengan hatrik dalam perlawanan tersebut dengan ‘chip’ menarik seperti yang sering diperagakan oleh Eric Cantona ketika bersama Manchester United.

Gol cantik dari sepakan percuma dalam perlawanan menentang Toronto baru-baru ini juga menggariskan kepentingan Wayne Rooney kepada D.C, dan kualiti yang masih dimiliki oleh beliau.

(Photo by John McDonnell/The Washington Post via Getty Images)

Penutup

Selepas banyak kesangsian dan kritikan dilemparkan kepada beliau selama ini, Wayne Rooney membuktikan dirinya masih mampu beraksi dengan baik, walaupun dalam saingan bola sepak pada tahap yang berbeza.

Wayne Rooney adalah bakat istimewa yang England pernah lahirkan. Sekarang tiba untuk Rooney menikmati aksi beliau bersama D.C United.

Usah dahulu kita berbicara mengenai persaraan Wayne Rooney. Beliau adalah ‘Si Pele Putih’ yang membelah Atlantik dari Amerika Syarikat, untuk kembali mencuri tumpuan dunia bola sepak dari seluruk pelusuk benua..

Biarkan Rooney terus memukau, sambil kita, baik kawan atau lawan terus menikmati aksi beliau.

Selamat maju jaya Wazza!

Leave a Reply