Wayne Rooney Beri Sokongan Moral Atas Pemilihan Kalvin Phillips

Kalvin Phillips Leeds United 2019-20 England

Pemain Leeds United, Kalvin Phillips mungkin adalah satu nama yang mengejutkan ramai apabila menerima panggilan untuk bersama skuad kebangsaan England.

Pasukannya beraksi di Championship dan baru sahaja dinaikkan pangkat ke Premier League musim hadapan, namun Gareth Southgate tidak mahu menanti terlalu lama sebelum membuat keputusan untuk menyenaraikannya bersama The Three Lions.

Tiada pemain tengah terbaik

Bekas kapten dan lagenda skuad kebangsaan England, Wayne Rooney tidak mempersoalkan pemilihan Kalvin Phillips, namun berharap agar pemain berusia 24 tahun itu dapat beraksi dengan baik disamping layak untuk menerima panggilan itu.

Menulis menerusi kolumnya di Sunday Times, Wayne Rooney memberi nasihat agar mana-mana pemain tengah yang dipanggil menyertai skuad kebangsaan nanti perlu menjadikan posisi tersebut milik tetap mereka disamping Jordan Henderson.

“Kelompongan yang terbesar dalam skuad England adalah di tengah – selepas Jordan Henderson, yang sedang dalam pemulihan daripada kecederaan. Mereka tiada pemain tengah terbaik dan ternama. Itulah posisi yang England sangat lemah.

“Itulah sebabnya Gareth [Southgate] membawa masuk Kalvin Phillips dan pemain muda Leeds itu harus diberikan peluang,” tegasnya lagi mengenai perkara itu.

Kalvin ‘Pirlo’ Phillips

Pemain yang digelar sebagai ‘Pirlo Yorkshire’ itu merupakan anak didik Marcelo Bielsa dan penampilan baiknya membantu Leeds United meraih promosi ke Premier League mungkin mencuri perhatian Gareth Southgate untuk memberikan peluang.

Perubahan posisi yang dilakukan Bielsa terhadapnya daripada seorang pemain tengah box-to-box kepada pemain tengah bertahan yang mampu turun membantu benteng membuatkan pemain ini melalui peningkatan prestasi mendadak.

Menurut TEAMTalk, Kalvin Phillips dilihat sangat memahami peranannya selepas ditransformasikan oleh Bielsa dan mungkin telah menjadi tabiatnya untuk berada di tempat sepatutnya di masa yang tepat. Atau dengan kata lain, main pakai otak.

Begitupun, bekas pemain England, Jermaine Pennant ketika mengulas mengenai pemilihan pemain itu berkata, Kalvin Phillips langsung tidak layak untuk bersama England buat masa ini. Menurutnya, “Dia belum lagi teruji di tahap yang tertinggi.”

Penutup

England akan beraksi di Nations League dan mungkin Gareth Southgate sedang mencari pemain tengah yang mampu memberikan impak buat skuad England daripada senarai pilihan yang terhad. Tetapi persoalannya, di mana Jack Grealish?

Kehilangan pemain tersebut daripada senarai pemain England yang menimbulkan persoalan, namun mungkin Gareth Southgate lebih tahu apa yang England perlukan.

KREDIT FEATURED IMAGE: GETTY IMAGES

Baca lagi artikel mengenai Kalvin Phillips dan England:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN