Nemanja Matic: Tiada Lagi Alasan, Man Utd Perlu Cabar Kejuaraan EPL

Nemanja Matic

Pemain tengah Manchester United, Nemanja Matic mengakui para pemain The Red Devils tidak boleh memberikan sebarang alasan tetapi sebaliknya perlu mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2020/21.

United masih ketandusan kejuaraan paling popular di dunia itu selepas kali terakhir mendakapnya pada musim 2012/13 yang juga merupakan musim terakhir mereka dibimbing Sir Alex Ferguson.

Bermula dengan David Moyes, kemudiannya Louis Van Gaal, Jose Mourinho dan yang terbaharu Ole Gunnar Solskjaer masih belum mampu untuk menghadiahkan kejuaraan ke-14 buat Manchester United.

Sehubungan dengan itu, Matic yang baharu sahaja mengikat kontrak lanjutan melihat Manchester United perlu menjadi pesaing utama bagi merebut kejuaraan EPL 2020/21.

”Bermulanya musim hadapan, tiada alasan lagi. Kami perlu untuk melakukan segalanya [untuk julang EPL],” ujar Matic menurut laporan Goal.

”Kami perlu berjuang untuk merebut kejuaraan kerana saya merasakan pada tahun [musim] ini kami begitu mudah keciciran mata.”

”Kami membiarkan Liverpool memenanginya, saya tidak tahu, 10 perlawanan sebelum liga tamat. Mereka memenangi liga, jadi kami tidak boleh membiarkannya.”

”Kami perlu untuk bersaing sehingga ke akhirnya. Kami perlu bermain dengan lebih yakin, dengan lebih rasa tanggungjawab.”

”Sasaran peribadi saya ialah untuk memenangi liga bersama United dan saya pasti bahawa semua orang mahukan perkara yang sama.”

”Kami harus berjanji kepada penyokong setia kami yang maan kami perlu melakukan yang terbaik, sama seperti apa kami lakukan selepas [wabak melanda] apabila kami kembali beraksi. Itulah Manchester United.”

”Kami perlu memenangi lima, enam perlawanan berturut-turut kemudian anda bola keciciran beberapa mata, kemudiannya anda pelu untuk meneruskan rentak [kemenangan] itu. Seperti itu, kami boleh memenangi liga.”

”Pada permulaan musim, kami tidak begitu stabil, kami menang satu atau dua perlawanan dan seterusnya kami tewas dan seri. United yang sebenar ialah seperti apa yang kami lakukan selepas kuarantin dan saya berharap kami dapat mengekalkan seperti itu pada musim hadapan,” tambah Matic lagi.

Kredit featured image: Donelon/Manchester United via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Nemanja Matic:

Leave a Reply