Wayne Rooney Jadi ‘Pengurus England’ September Ini

Wayne Rooney England

Penyerang legenda Manchester United, Wayne Rooney akan menguruskan skuad England untuk satu perlawanan bola sepak amal yang akan berlangsung di Old Trafford pada September ini.

Penjaring terbanyak England sepanjang zaman tersebut yang kini merupakan pemain merangkap jurulatih bersama Derby County akan membimbing skuad Three Lions berdepan pasukan pilihan World XI.

Sam Allardyce pula akan bertindak sebagai pembantu pengurus kepada Rooney, sementara David Seaman pula ditugaskan sebagai jurulatih penjaga gol.

Pemain berusia 34 tahun itu mengatakan beliau sebenarnya dalam beberapa tahun ini memang telah berhasrat untuk mengambil bahagian dalam perlawanan amal tersebut.

“Sebelum ini, saya tak pernah dapat peluangย  kerana masalah tarikh yang tak bersesuaian, tetapi tahun ini berbeza nampaknya,” katanya kepada BBC.

“Sudah tentu saya berbangga apabila diminta untuk mengurus pasukan England. Walaupun perlawanan itu akan berlangsung tanpa penyokong, tetapi ia sangat istimewa apabila dapat kembali ke Old Trafford.

Kali terakhir Rooney beraksi untuk skuad kebangsaan England adalah dalam perlawanan perpisahan pada 15 November 2018 ketika menentang Amerika Syarikat. Beliau masuk pada minit ke-58 dan mengakhiri karier di peringkat antarabangsa selepas membuat 120 penampilan.

“Mudah cakap, dapat mewakili negara adalah suatu penghargaan yang sangat besar dan perlawanan ini pastinya sangat bermakna,” katanya lagi.

Perlawanan bola sepak amal tersebut dilaksanakan untuk mengumpul dana bagi membantu UNICEF yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 6 Jun lalu, tetapi terpaksa ditangguhkan ekoran pandemik COVID-19.

Tarikh baharu masih belum dimuktamadkan, namun ianya akan diadakan pada bulan September ini tanpa kehadiran penyokong.

Perlawanan amal yang dianjurkan sebelum ini telah pun mengutip lebih ยฃ38 juta untuk UNICEF sejak ia mula diperkenalkan pada 2006 dan ia kebiasaanya dilaksanakan di gelanggang Manchester United.

Bekas pemain England, Kelly Smith, David James, Wes Brown, Lianne Sanderson dan bekas pemain United, Patrice Evra sudah pun mengesahkan penyertaan mereka untuk perlawanan amal tahun ini selain beberapa selebriti terkenal seperti Jason Manford, Joel Dommett, Santan Dave, Joe Wicks, Olly Murs dan James Bay.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Wayne Rooney dan England:

Leave a Reply