[VIDEO]: Pemain ‘Tangkap Muat’ Terkam Dan Pijak Kepala Pengadil Kerana Keputusan Offsaid

Netizen khususnya komuniti bola sepak di Indonesia heboh apabila foto dan video seorang pemain memijak kepala pengadil kerana tidak berpuas hati menjadi tular di media sosial pada hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku pada Julai tahun lalu dalam sebuah kejohanan amatur di Stadium Patriot Chandrabaga yang terletak di Bekasi.

Menurut bolalob, kejohanan ini bukanlah kejohanan yang berprestij di Indonesia dan merupakan pertandingan amatur yang dianjurkan sebuah kelab berpengkalan di Bekasi, iaitu Gilbar FC.

Di media sosial, kejohanan ini dikenali sebagai “FUN FOOTBALL GILBAR FC 2020”, dan disertai oleh lapan pasukan yang dibahagikan kepada dua kumpulan.

https://twitter.com/horabpodcast/status/1282333353903964160

Salah seorang pemain Champas FC dikenali sebagai Insan May sempat menceritakan kejadian yang berlaku. Insan adalah pemain Champas dan merupakan rakan sepasukan pemain yang memijak kepala pengadil itu.

Namun Insan yang juga seorang pemain futsal amatur mengaku tidak mengenal pemain yang bertindak ganas dan di luar kebiasaan tersebut.

“Kami tak saling kenal karena memang itu kumpulan pemain tarkam (tangkap muat) yang bermain untuk Champas FC. Keadaan memang lebih rumit dari hanya sebuah foto yang viral itu,” kata Insan membuka cerita.

Walaupun sekadar perlawanan amatur, Champas FC turut diperkuat oleh bekas pemain Arema, Tarik Eljanaby yang berasal dari Maghribi.

Menurut Insan lagi kejohanan tersebut dianjurkan untuk menjalin silahturahmim. Kerana itulah ia digelar ‘Fun Football’ .

https://twitter.com/horabpodcast/status/1282337547809468423

Namun demikian Insan berpendapat pihak penganjur gagal mengelolakan kejohanan itu dengan baik.

“Wasit [pengadil] yang bertugas hanya satu dan tidak ada hakim garis [penjaga garisan]. Kami juga tahunya yang lolos tiap grup dua tim, tapi ternyata hanya satu karena kendala sewa lapangan [tak cukup kos sewa padang],” ucapnya.

Insan yang lebih senang dengan panggilan Jisung [Park Ji-sung kot…] mengakui dalam perlawanan tersebut pengadil yang dikenali sebagai Wahyudin banyak memberikan keputusan yang meragukan.

“Empat menit pertandingan mau habis wasit tiup peluit pelanggaran. Tim kami tidak terima dengan keputusan dan rekan saya itu lari mendorong dan injak muka wasit. Saya sempat menarik tapi tidak bisa terhadang,” ungkapnya.

Kejadian kekasaran terhadap pengadil tersebut dipercayai berlaku selepas pengadil meniup wisel kerana pemain berada di dalam kedudukan offsaid.

Tidak berpuas hari dengan pengadil, pemain berjersi biru dari Champas FC menyerang pengadil itu.

Semoga tiada kejadian serupa berlaku di negara kita.

 

 

Baca artikel lain mengenai pengadil melalui pautan:

5 Protes Keras Dilakukan Pemain Bintang Ke Atas Pengadil Yang Paling Diingati

Senarai Kontroversi Pengadil Liga Malaysia Yang Tiada Kesudahan

5 Sebab Liverpool Perlu Sambar Cristiano Ronaldo Jika Juventus Sudah Muak

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN