Selepas Henry & Shearer, Siapa Lagi Bakal Sertai Premier League Hall Of Fame?

Premier League Hall Of Fame

Premier League baru sahaja melancarkan dewan kemasyhuran mereka yang diberi nama Premier League Hall Of Fame dengan mereka meletakkan bekas penyerang Arsenal Thierry Henry serta legenda Newcastle United Alan Shearer.

Pemilihan dua pemain itu dilihat cukup bertepatan dengan status dan jasa yang diberikan oleh kedua-dua pemain semasa beraksi di Premier League.

Henry mengubah corak permainan sebagai seorang penyerang dan aksinya telah membuatkan Arsenal begitu ampuh di era awal 2000-an.

Malah, beliau turut merupakan sebahagian daripada skuad Invincibles Arsenal yang menjuarai liga tanpa kalah pada 2004.

Sementara Shearer pula kekal menjadi penjaring terbanyak Premier League dengan 260 gol.

Bukan sahaja dengan ketajaman di depan gol yang menjadi igauan pihak lawan, tetapi Shearer juga merupakan sebahagian daripada skuad Blackburn Rovers yang menjuarai liga pada 1995.

Kini, Premier League mencari penerima seterusnya untuk dibawa masuk ke dalam dewan kemasyhuran mereka.

Sebanyak 23 nama telah didedahkan sebagai calon namun siapakah yang bakal menjadi penerima seterusnya?

Berikut merupakan senarai 23 calon tersebut mengikut pasukan:

Arsenal

  • Patrick Vieira
  • Ian Wright
  • Robin van Persie
  • Sol Campbell
  • Tony Adams
  • Dennis Bergkamp

Chelsea

  • Ashley Cole
  • Didier Drogba
  • Frank Lampard
  • John Terry

Liverpool

  • Steven Gerrard
  • Robbie Fowler
  • Michael Owen

Manchester United

  • Nemanja Vidic
  • Peter Schmeichel
  • Paul Scholes
  • Roy Keane
  • Andy Cole
  • Rio Ferdinand
  • Eric Cantona
  • David Beckham

Newcastle United

  • Les Ferdinand

Southampton

  • Matt Le Tissier

Kesemua 23 pemain ini cukup menarik dan pasti pening untuk anda pilih bukan?

Untuk pengetahuan anda, senarai 23 pemain ini boleh diundi dengan pilihan sebanyak enam pemain boleh dilakukan.

Anda boleh undi enam pemain kegemaran anda di sini dengan undian akan ditutup pada 9 Mei 2021.

Jadi siapakah pilihan anda?

Baca juga artikel kami mengenai perkembangan Premier League:

Kenali Daniel Ek, Pemilik Spotify Yang Berminat Beli Arsenal

5 Destinasi Pilihan Untuk Jose Mourinho Selepas Dipecat Oleh Tottenham Hotspur

Donyell Malen, Ibrahima Konate Jadi Buruan Liverpool

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN