VIDEO: N’golo Kante Ucap Selamat Berjaya Kepada Terengganu

Sebentar tadi tular satu klip video pendek di media sosial yang mempamerkan pemain bintang Chelsea iaitu N’golo Kante mengucapkan kejayaan kepada finalis Piala FA 2022, Terengganu pada malam ini.

Menerusi video tersebut, tonggak tengah dari Perancis itu berada bersama seorang rakyat Malaysia yang juga merupakan peminat Terengganu di sebuah restoran.

Pemuda tersebut sempat mengajar Kante ketika itu untuk menyebut perkataan keramat buat bola sepak Terengganu iaitu ‘Peteh Ganu Peteh’ yang amat terkenal dalam saingan Liga Malaysia sejak sekian lama.

“Goodluck Terengganu, Peteh Terengganu Peteh,” kata pemuda tersebut menerusi klip video tersebut sebelum disambung oleh Kante dengan senyuman penuh rasa teruja.

Jika disebut mengenai Kante, nama pemain ini sendiri sebenarnya agak sinonim buat para penyokong Terengganu, setelah musim lalu bekas import mereka iaitu Dechi Marcel beraksi seakan sama seperti bekas tonggak pemenang Piala Dunia 2018 itu.

Corak permainan bersama kerajinan yang ada pada Marcel ketika itu bersama Terengganu menyebabkan para penyokong melihat beliau tidak ubah seperti prestasi Kante di Chelsea.

Sebelum ini juga, Kedah Darul Aman (KDA) turut pernah mendapat ucapan istimewa seperti itu daripada bintang bola sepak dunia iaitu Emre Can.

Emre Can ketika itu turut mengucapkan selamat berjaya kepada KDA yang akan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi final tersebut dan video itu dipercayai telah dihantar kepada bekas pemain tengah kelab tersebut, Liridon Krasniqi.

“Hello Kedah, saya harap anda esok (malam ini) melakukan aksi terbaik dalam final dan menang dalam final kerana anda boleh melakukannya, anda harus yakin dengan diri sendiri.”

“Dengan kepada ‘bro’ saya Liridon, saya berharap anda dapat membantu pasukan anda juga. Harap anda menjaringkan gol atau memberikan ‘assist’, dan kemudiannya memenangi trofi.”

“Selamat maju jaya kepada semua pemain, harap saya melihat keputusan positif dalam perlawanan tersebut. Saya akan cuba menonton perlawanan itu. Jaga diri anda semua!”

Video: Emre Can Ucap Selamat Berjaya Kepada Kedah Dan Liridon

Menerusi kata-kata semangat yang dilontarkan oleh Kante itu, pastinya ia memberi semangat tambahan buat para pemain Terengganu untuk mempamerkan aksi terbaik mereka malam ini berdepan JDT.

Final Piala FA malam ini bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), dan kali Terengganu menjuarai piala tersebut pada  tahun 2011.

Sekiranya mereka berjaya menjadi juara, Nafuzi Zain bakal melakar sejarah tersendiri buat Terengganu untuk memadam tempoh kemarau mereka sejak 2011.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN