Quantcast

BERITA

Video: Emre Can Ucap Selamat Berjaya Kepada Kedah Dan Liridon

Pemain kebangsaan Jerman dan juga pemain tengah Liverpool, Emre Can menghantar satu pesanan ringkas yang kami percaya kepada Liridon Krasniqi.

Emre Can mengucapkan selamat berjaya kepada Kedah yang akan beraksi dalam final malam ini. Can juga mengharapkan Liridon dan Kedah akan membawa pulang Piala Malaysia.

Ikuti video ringkas itu menerusi perkongsian oleh laman facebook rasmi Kedah FA.

“Hello Kedah, saya harap anda esok (malam ini) melakukan aksi terbaik dalam final dan menang dalam final kerana anda boleh melakukannya, anda harus yakin dengan diri sendiri.”

“Dengan kepada ‘bro’ saya Liridon, saya berharap anda dapat membantu pasukan anda juga. Harap anda menjaringkan gol atau memberikan ‘assist’, dan kemudiannya memenangi trofi.”

“Selamat maju jaya kepada semua pemain, harap saya melihat keputusan positif dalam perlawanan tersebut. Saya akan cuba menonton perlawanan itu. Jaga diri anda semua!”

emre can

Rakan baik Liridon Krasniqi, Emre Can, pemain kelab Liverpool FC dan kebangsaan Germany Football Team – Die Mannschaft memberi kata-kata semangat dan mengucapkan selamat maju jaya buat Liridon dan rakan sepasukan.Malam ini merupakan perlawanan ke-100 Liridon Krasniqi bersama Kedah FA – Persatuan Bolasepak Kedah – dan membawa pulang kejuaraan sudah pasti hadiah istimewa buat beliau.Battle of Champions!

Posted by Kedah FA – Persatuan Bolasepak Kedah – on Saturday, November 4, 2017

Liridon sebelum ini pernah beraksi di Liga Jerman. Dan Emre Can merupakan salah seorang rakan beliau.

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA - dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

atau Beri Sumbangan

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!