Kelincahan Al-Mardi Jadi Faktor Kemenangan Kedah Di Stadium Hang Jebat

Kedah Darul Aman (KDA) kini berada di landasan terbaik mereka untuk kembali menjadi salah satu pasukan terkuat musim ini setelah mereka berjaya mencatat dua kemenangan berturut-turut dalam saingan Liga Super 2022.

Terbaharu, mereka berjaya mencatat kemenangan ke atas Melaka United dengan keputusan penuh 3-0 di Stadium Hang Jebat, menerusi dua jaringan daripada Mahmoud Al-Mardi serta satu gol tunggal daripada Fayadh Zulkifli.

Menerusi kemenangan tersebut, KDA kini berjaya melonjakkan diri mereka di kedudukan kelima carta liga dengan 24 mata dikumpul pasukan tersebut daripada 16 perlawanan dihadapi.

Lebih manis, pasukan kendalian Aidil Sharin Sahak ini juga langsung tidak dibolosi dalam dua perlawanan dihadapi sebelum itu, dan ini memberi petanda positif buat para penyokong yang resah dengan pertahanan kelab tersebut sebelum itu.

Ada beberapa faktor kemenangan KDA dapat dilihat pada perlawanan tersebut yang berjaya membuatkan pasukan tersebut memperoleh tiga mata penting dicari.

Kelincahan Mahmoud Al-Mardi

Pemain import dari Jordan ini antara faktor utama kejayaan KDA ketika berdepan Melaka United menerusi aksi konsisten beliau sepanjang 90 minit perlawanan.

Kehadiran Al-Mardi merupakan sesuatu yang amat ditagih oleh KDA di bahagian serangan pasukan tersebut menerusi kelincahan serta ketajaman beliau yang bijak menghidu peluang untuk meledak gol.

Pada perlawanan ini, pemain tersebut berjaya menghasilkan dua gol buat KDA dan aksi beliau jelas memberi kesukaran buat pertahanan tuan rumah untuk mengawal Al Mardi menerusi kelincahan dirinya.

Bersama KDA musim ini, Al-Mardi berjaya membuktikan ketajaman beliau menerusi lapan gol telah dicatat, meskipun tampil pada jendela kedua perpindahan musim 2022.

Cengkaman di posisi tengah

KDA dilihat berjaya mengambil kesempatan di bahagian tengah setelah ketiadaan tonggak import Melaka United di posisi tersebut iaitu Adriano Narcizo dan Emmanuel Otti.

Menerusi gandingan Sanrawat Detchmitr dan Khairu Azrin Khazali di posisi tersebut, KDA berjaya mengukuhkan cengkaman mereka sepenuhnya untuk tidak memberi lawan walau sedikit ruang cuba menyusup masuk.

Ditambah dengan kehadiran Dechi Marcel sebagai pemain gantian di separuh masa kedua untuk mengukuhkan jentera tengah, Melaka United lebih banyak bergantung kepada pemain sayap untuk cuba mencipta situasi serangan balas.

Kelemahan ketara benteng pertahanan Melaka United

Tanpa kelibat pertahanan import mereka iaitu Justin Baas, ia jelas memberi kesan yang agak besar buat pasukan tersebut di posisi berkenaan.

Melaka United menghadapi masalah untuk menyerap asakan pelawat dengan baik dalam situasi satu lawan satu serta sering membuat kesilapan yang memberi kelebihan buat pelawat untuk menjaringkan gol.

Selain itu, pertahanan Melaka United juga gagal untuk beroperasi dengan lebih baik secara berpasukan apabila mereka sentiasa meninggalkan ruang-ruang agak besar untuk diisi dengan pantas oleh barisan serangan KDA ketika diserang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN