3 Pemain Menjadi Penentuan Kejuaran Buat JDT

Setiap posisi untuk kem Johor Darul Ta’zim (JDT) ada pemain berkebolehan sama ada pemain utama mahu pun pemain simpanan.

Namun begitu, kita ingin memberi fokus kepada tiga posisi utama yang dianggap penting dan merupakan penentu untuk perlawanan akhir nanti.

Farizal Marlias/Haziq Nadzli

Posisi penjaga gol antara yang menarik perhatia kerana ketika ini ia masih berteka-teki siapa yang akan diturunkan sebagai penjaga gol utama.

Dari segi pengalaman, sudah tentu Farizal Marlias calon utama kerana pernah beraksi dalam beberapa perlawanan akhir bersama JDT.

Peluang Farizal untuk bermain bersama skuad utama agak tinggi.

Namum jika lihat pada prestasi beliau, sudah tentu barisan jurulatih mempunyai pilihan untuk menurunkan siapa yang terbaik.

Bagi penjaga gol kedua, Haziq Hadzli juga layak diturunkan sebagai kesebelasan utama dan ia seperti akan menjadi kenyataan.

Hal ini kerana, pada dua perlawanan terakhir Haziq menjadi pilihan utama berbanding Farizal.

Beliau juga mempunyai pengalaman yang cukup banyak ketika bersama skuad muda negara dan pernah beraksi dalam perlawanan akhir pada Sukan SEA 2017.

Malah, Haziq turut tampil cemerlang ketika diturunkan dalam perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC (ACL).

Dalam kata mudah, ketua jurulatih,
Hector Bidoglio mempunyai penjaga gol terbaik dan sesiapa saja diturunkan pasti mampu mengawal benteng terakhir dengan cemerlang.

Leandro Velazquez

Pemain ini perlu diberi perhatian kerana dia adalah penggerak utama serta penyambung untuk barisan hadapan.

Jika Leandro tidak dikawal dengan ketat, barisan pertahanan Terengganu akan hadapi masalah.

Corak bermainan Leandro yang agresif dan bijak merampas kembali bola setelah hilang penguasaan memberi kelebihan untuk JDT di bahagian tengah.

Hantaran pemain berusia 33 tahun ini ketika menyerang juga cukup bahaya dan ia memudahkan barisan hadapan seperti Bergson da Silva serta Fernando Forestieri menjalankan peranan utama mereka – menjaringkan gol.

Paling bahaya, pemain berkaki kiri ini mempunyai keupayaan dan gemar melakukan percubaan dari luar kotak penalti yang boleh memberikan gol jika pertahanan dan penjaga gol lawan terleka.

Malah, sepakan percuma beliau antara ancaman utama kepada pasukan lawan.

Arif Aiman

Pemain yang beraksi di posisi sayap kanan ini memang berada di kelas tersendiri dan telah bermain cukup cemerlang bersama Harimau Selatan ketika peringkat kumpulan ACL sehingga ia menarik perhatian penganalisis dari luar negara.

Biarpun saiz tubuh agak kecil namun kawalan bola beliau begitu baik terutama ketika berhadapan situasi satu lawan satu.

Malah, Arif yang suka menekan barisan pertahanan dengan larian deras serta membawa bola sehingga dalam kotak membuatkan banyak barisan pertahanan begitu sukar mengekang kemaraan pemain ini.

Jika barisan pertahanan Terengganu gagal mengawal Arif seperti mana Urawa Red Diamonds melakukannya, pemain ini akan mengucar-kacirkan barisan pertahanan Terengganu.

Pemain lincah ini merupakan pembantu gol terbanyak untuk JDT musim ini. Statistik ini jelas memberi isyarat dan amaran kepada kem Terengganu mengenai bahayanya pemain kebangsaan tersebut.

Kurang dari beberapa jam sebelum perlawanan akhir bermula, dengan masa yang ada inilah pemain cuba memberi yang terbaik dengan harapan mereka akan terpilih sebagai pemain utama dalam perlawanan itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN