Ada sebab teknik tangkapan sebegini dinamakan sebagai ‘Danish Catch’. Ia adalah kerana teknik tersebut amat mahir digunakan oleh penjaga gol yang berasal dari Denmark.
Kebiasaannya penjaga gol akan membuka tapak tangan atau mendepakan kedua-dua lengan selebar-lebarnya ketika bola dirembat ke arah mereka.
Kita beranggapan itu adalah teknik tradisional yang sering digunapakai oleh kebanyakkan penjaga gol di dunia.
Denmark adalah antara negara yang telah melahirkan beberapa penjaga gol ternama dunia. Dan kali ini penjaga gol dari negara berkenaan seperti telah tampil dengan teknik baharu untuk menahan atau menangkap bola percubaan lawan.
Sebuah video memaparkan penjaga gol Leicester City dan Denmark, Kasper Schmeichel menahan bola dengan kaedah yang dipanggil ‘Danish Catch’ dan ia tidka pernah dilihat sebelum ini.
The Danish Catch has got to be the most interesting way to catch a ball 🤯 Not something I would teach, but also not something I would teach out of someone; if they’ve mastered it!
Thoughts on this? 👀 🤔 pic.twitter.com/MmC5PYDsfG
— Pro GK Academy (@progkacademy) April 27, 2020
Video tersebut dikongsikan oleh Pro GK Academy. Bagaimanapun jurulatih akademi tersebut berkata mereka tidak akan melatih penjaga gol berbuat demikian, walaupun teknik tersebut berada di luar kebiasaan penjaga gol sebelum ini.
Teknik tersebut memerlukan kedua-dua belah siku merapati bahagian badan untuk menangkap bola ke dakapan penjaga gol.
Perkongsian tersebut turut menarik perhatian bekas pelatih akademi Manchester City, Greg Hartley yang berkata Schmeichel sudah biasa melakukan teknik tersebut ketika kedua-duanya bersama di akademi kelab tersebut suatu ketika dahulu.
Steve Dale, seorang jurulatih UEFA A turut mengesahkan penjaga gol simpanan Leicester, juga dari Denmark iaitu Daniel Iversen turut mahir dengan teknik yang sama.
When I worked with Dan Iversen (Danish 21s and Leicester) at Oldham on loan last season he does exactly the same. It looked strange, I didn’t try & change it though because it worked for him, think I only ever saw him drop one when he did it. #notbrokedontfixit
— Steve Hale (@SteveHaleGK) April 28, 2020
Carian di YOUTube turut menemukan seorang pelatih berusia 10 tahun dari Denmark sedang memastikan teknik itu mampu dilakukan dengan sempurna.
Buat masa ini kita belum pernah menyaksikan Kasper atau pun mana-mana penjaga gol memperagakan teknik tersebut secara terbuka ketika perlawanan.
Teknik tersebut dilihat mampu membantu penjaga gol mendakap bola dengan kemas ke dada.
Tetapi adakah ia benar-benar berguna ketika situasi perlawanan?
Baca artikel menarik lain mengenai penjaga gol:
Penjaga Gol Kongsi Tips Selamatkan Sepakan Penalti ‘Terhencot-Hencot’ Bruno Fernandes
VIDEO: Penjaga Gol Newport County Ledakkan Jaringan Mirip Gol Syamsuri Mustafa