Real Madrid Akan Guna Jovic Untuk Cantas Peluang Man Utd Dapatkan Andre Silva

Luka Jovic Andre Silva Manchester United Real Madrid

Usaha Manchester United untuk memancing penyerang Eintracht Frankfurt, Andre Silva nampaknya tidak mudah selepas Real Madrid menyatakan hasrat yang sama dan ternyata mempunyai peluang yang lebih besar.

Kelab La Liga berkenaan dilaporkan akan menggunakan Luka Jovic yang sedang dipinjamkan ke kelab tersebut sebagai umpan dengan menawarkan penyerang Serbia tersebut sebagai pertukaran.

Silva menikmati kempen yang cukup menakjubkan bersama Frankfurt pada musim ini dengan mengumpul 25 gol serta tujuh bantuan jaringan hanya dalam 29 penampilan menjadikannya penjaring kedua terbanyak Bundesliga di belakang Robert Lewandowski.

https://twitter.com/RedBayernBlood/status/1386022412387487745?s=20

Prestasi cemerlangnya penyerang Portugal itu telah menarik perhatian beberapa kelab ternama Eropah termasuk United yang mahu mengukuhkan jentera serangannya pada musim depan.

Real Madrid juga masih tercari-cari pemain yang mampu menjadi sandaran buat Karim Benzema yang semakin berusia setelah deretan penyerang termasuk Jovic menemui kegagalan di kelab Sepanyol berkenaan.

Setelah menyertai Los Blancos dengan nilai perpindahan mencecah £53 juta, Jovic sekadar menjaringkan dua gol dan dua bantuan jaringan dalam 32 penampilan buat Real dan ‘dihantar pulang’ ke Frankfurt pada Januari lalu.

Nama Silva mula menjadi perhatian sewaktu beraksi cemerlang untuk FC Porto ketika baru berusia 20 tahun. Namun penghijrahannya ke AC Milan menemui jalan kegagalan dan beliau dipinjamkan ke Sevilla sebelum kembali menemui sentuhan pemusnahnya di Frankfurt.

Nilainya kini dianggarkan sekitar £35 juta hingga £40 juta. Meskipun telah menghadirkan minat dari United dan Borussia Dortmund, namun Silva dipercayai lebih berminat untuk berhijrah ke kelab Sepanyol.

Kredit Foto: Getty Images

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:

8 Fakta Pertemuan Man Utd VS Roma – Penyokong Roma Geram Solskjaer Perlekeh Pasukan

Koeman: Jika Imbas Semula Situasi Awal Musim, Siapa Sangka Di Mana Barcelona Kini

Stan Kroenke Tutup Rapat Semua Pintu Untuk Orang Luar Beli Arsenal

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN