Video: Kelemahan ‘High Line Pressing’ Juventus

Juventus adalah sebuah pasukan yang sangat digeruni ketika melakukan serangan balas. Mereka memiliki kualiti pemain yang boleh menjaringkan gol dari semua arah.

Namun ini bukan bermakna pasukan ini tidak memberikan tekanan di garisan tinggi (high line pressing) kepada lawan mereka.

Max Allegri gemar untuk melaburkan unit pemain yang ramai untuk menekan lawan mereka. Cuma masalah utama Juventus adalah tidak agresif di garisan tinggi dan di garisan tengah.

Perkara ini bukan baru. Mereka memiliki pemain serangan seperti Higuain dan Dybala, musim lalu mereka kerapa menggunakan pemain seperti Cuadrado, dan pemain-pemain ini agak lemah melakukan pressing yang agresif.

Di bawah ini adalah satu ‘footage’ video yang menunjukkan bagaimana mereka meletakkan pemain yang ramai di kawasan lawan ketika Barcelona merencana binaan serangan daripada bawah.

Tetapi apa yang berlaku, pemain-pemain Juventus sangat tidak agresif untuk melakukan tekanan kepada lawan.

Di tengah pemain seperti Pjanic dan Matuidi juga tidak seperti gandingan Pogba dan Vidal satu ketika dahulu yang kompetentitif untuk bersaing secara agresif.

Saksikan:

Impak daripda kegagalan mereka melakukan tekanan yang agresif ialah, mereka membukan ruang yang lebih besar di antara pemain mereka kerana ramai pemain sudah dihantar ke blok tinggi.

Ianya pendekatan yang tidak sesuai dengan kuantiti pemain yang mereka laburkan. Di bawah ini adalah penjelasan bagaimana mereka telah membuka struktur pasukan Juventus (hitam) melebar (pitch wide).

Struktur ini memerlukan pemain di atas melakukan pressing yang agresif ataupu counterpressing.

Anda sudah boleh bayangkan yang ruang yang dibuka di antara pemain mereka membuatkan Barcelona dengan mudah menghantar dan menggerakkan bola segera.

Musim lalu, ketika menentang Barcelona, mereka menggunakan pendekatan untuk bertahan secara kompak di garisan rendah.

Ini bermaksud pemain tidak dilaburkan di garisan atas. Mereka melakukannya lebih baik. Anda boleh baca 2 analisis kami tentang pertarungan Juventus dan Barca di bawah ini.

1. Juventus 3 Barcelona 0 (UCL 2016/17)

2. Barcelona 3 Juventus 0 (UCL 2017/18)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN