Ultras Koln Ketuai Penyokong ‘Gegar’ Emirates, Arsene Wenger Kecewa Dengan UEFA

Ultras Koln telah mengetuai sekitar 15,000 penyokong mereka yang datang ke London untuk menyaksikan pasukan mereka kembali ke pentas Eropah sekali lagi selepas kali terakhir melakukannya pada 1993.

Ini adalah salah satu rakaman video yang menunjukkan bagaimana mereka telah menggegar kota London dengan sorakan dan pukulan gendang.

https://twitter.com/EmanDaGoonn/status/908330461134512128

Dalam perlawanan UEL melibatkan Arsenal dan Koln pada awal pagi tadi waktu Malaysia, perlawanan terpaksa ditangguhkan untuk sejam selepas berlaku insiden konfrontasi di antara penyokong Koln dan petugas keselamatan.

Tiket yang dikhaskan kepada mereka hanyalah 3,000. Tetapi mereka hadir lebih 15,000 orang ke London. Laporan di Jerman menyebut seramai 20,000 penyokong Koln terbang ke London.

Mereka meminta pihak stadium memberikan seksyen tempat penyokong tuan rumah kepada mereka selepas banyak tempat kosong.

Itu tidak boleh dilakukan, dan sebenarnya masih ramai penyokong Arsenal yang belum turun ke stadium ketika mereka meminta tempat duduk itu.

Berlaku insiden kekecohan yang dicetuskan oleh ultras mereka yang meraikan gol pertama Koln dengan membakar suar.

Ada juga ‘hooligan’ mereka cuba memasuki seksyen penyokong Arsenal. Ramai penyokong Arsenal mendakwa diri mereka berada di dalam keadaan tidak selamat.

Di dalam stadium, Arsenal memasuki padang untuk sesi memanaskan badan dengan sorakan bunyi boo yang hingar daripada penyokong Koln.

Selepas perlawanan, Arsene Wenger mengkritik UEFA kerana tidak menunda perlawanan tersebut ke hari lain. Wenger menyatakan dia dan anak-anak buahnya risau jika ada apa-apa berlaku di dalam perlawanan ini.

Walaupun Wenger tahu penundaan jadual perlawanan akan memberikan impak kepada kempen domestik kedua-dua pasukan selepas ini.

Mereka juga pada awalnya merasakan perlawanan itu harus ditunda ke hari lain. Tetapi UEFA membuat keputusan untuk meneruskan perlawanan itu pada hari itu juga. Ia satu langkah yang dilabel Wenger ‘perjudian’ yang berisiko.

“Pada satu ketika, saya rasakan perlawanan ini tidak akan diteruskan. Saya tidak mahu melihat pihak polis mengambil risiko.”

“Saya tidak rasa kita harus memperjudikan nyawa kita untuk perlawanan ini. Apabila saya melihat keadaan di dalam stadium, saya berani katakan yang penyokong kami mampu mengendalikan suasana ini sebaiknya.”

“Adakah ia keputusan yang tepat daripada UEFA? Jika tiada apa yang berlaku sepanjang perlawanan, jawapannya ya!”

“Penyokong Koln sangat bijak. Bagaimana mereka masih boleh berada di merata-rata seksyen tempat duduk penyokong kami. Saya tidak pasti bagaimana mereka mendapatkan tiket itu. Adakah menerusi keahlian penyokong Arsenal?”

Sumber

Evening Standard – https://www.standard.co.uk/sport/football/arsene-wenger-feared-arsenal-game-would-be-called-off-amid-fan-arrests-a3635366.html

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN