Analisis Taktikal: Peranan No.10 Messi Sukarkan Juventus

Dalam perlawanan di antara Barcelona dan Juventus awal pagi tadi, Lionel Messi pada awalnya diletakkan sebagai pemain sayap kiri.

Tetapi berlaku ‘tweaks’ pada taktikal Valverde yang membiarkan pemain itu bebas dengan peranan no.10. Barcelona beraksi dengan sistem 4-4-1-1 dengan Luis Suarez sebagai no.9 dan Messi sebagai no.10.

Dembele dan Iniesta bermain sebagai pemain sisi dalam sistem tengah berempat. Ini ‘heatmap’ mereka.

Unit tengah Juventus rapuh

Salah satu masalah paling besar Juventus adalah, unit tengah (center circle) mereka rapuh. Tidak agresif dan tidak ada kemampuan untuk mengolah perlawanan.

Agresif yang dimaksudkan ialah bertindak segera terutama sekali ketika fasa hilang bola di mana pasukan anda automatik menjadi pasukan yang bertahan. Ia berbeza dengan terma melakukan kekasaran.

Blaise Matuidi dan Miralem Pjanic ternyata gagal membentuk gandingan di tengah. Juventus bermain dalam sistem 4-4-1-1. Masalah utama mereka, pemain seperti Dybala tida turun bertahan ketika diserang.

Lihat di bawah ini bagaimana Barcelona dengan mudah mewujudkan ‘rondo’ 4 vs 1 di dalam perlawanan seperti ini. Ini bermakna unit tengah mereka dalam masalah.

Ketika hilang bola daripada bentuk di atas, Barcelona mengitar semua bola dan membentuk 4 v 3 di half-space kanan. Ternyata Barcelona sangat stabil dan selesa dalam perlawanan ini berbanding dengan apa yang disajikan Juventus musim lalu. Di mana pertahanan mereka kompak dan untuk tengah mereka tersusun.

Bahkan, Higuain lebih banyak turun ke bawah berbanding dengan Dybala ketika unit tengah dikuasai Barcelona secara total.

Douglas Costa pula malas untuk bertahan dalam keadaan pasukan Juventus jelas lebih kepada pendekatan defensif dan melancarkan serangan balas.

Serangan balas Barcelona tajam

2 daripada 3 gol yang dihasilkan Barcelona adalah daripada serangan balas. Pada fasa serangan balas, pemain seperti Jordi Alba sekali lagi membuktikan kepentingan beliau.

Sifat atletik yang tinggi pada Alba membantu membuka dan mencipta ruang kepada rakan lain. Ini antara contoh ketika larian Alba membantu mencipta ruang untuk Suarez.

Suarez dikenakan kawalan berkembar (doubling) dalam fasa ini. De Sciglio melihat gerakan Alba, dan dia mulai fokus kepada Alba.

Dalam keadaan ini, untuk pemain seperti Lionel Messi, ruang seperti ini sudah cukup besar. Itu adalah zon 14 dan zon kegemaran Messi.

Messi melihat Buffon sedikit ‘lari’ daripada kedudukan terbaik dan dengan cepat melakukan cubaan ke arah tiang di sebelah kanan.

Apa yang kita pelajari di sini adalah, kemampuan mencipta ruang dan kemampuan pemain bergerak serta membuat keputusan segera dalam ruang sempit.

Messi berterusan ruang di zon 14 dan beliau melakukan cubaan gol yang terkena tiang dan melantun ke belakang Buffon, mujurlah tidak jaringan sendiri daripada Buffon.

Serangan balas ini menghasilkan gol ke-3 dengan Barcelona melepasi serangan Barcelona di blok rendah dengan tenang. Mereka mewujudkan 5 v 3 dan Messi menyudahkannya.

Penilaian

Juventus jelas bukan pasukan Juventus yang kita biasa lihat sebelum ini. Mereka tidak cukup semangat untuk menang.

Barcelona pula jelas berada dalam prestasi terbaik hasil daripada motivasi selepas kemenangan-kemenangan mereka sebelum ini.

Lionel Messi ternyata sukar untuk dihentikan. Hanya dengan ruang yang sedikit, beliau cepat melakukan penyudah sama ada hantaran akhir ataupun cubaan ke arah gol. Max Allegri pastinya pening untuk melihat balik rakaman perlawanan ini. Beliau tidak ada pelan yang cukup kali ini untuk menghentikan sistem no.10 Barcelona.

Walaupun Dembele beraksi baik, Valverde masih ada tugas untuk memastikan dia lebih ‘link-up’ dengan Suarez dan Messi.

Messi dan Suarez berjaya memberikan masalah paling besar kepada Barcelona. Sebelum ini Juventus bertahan dalam unit 11 pemain. Kali ini tidak, pemain sayap mereka kadangkala terlalu lambat untuk membantu bahagian sisi mereka yang diserang teruk oleh Semedo dan Alba.

Pemain terbaik pilihan semuanyaBOLA

Lionel Messi (Barcelona)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN