Kedah Tekad Tewaskan Selangor Sebagai Penghormatan Buat Almarhum Sultan Abdul Halim

Kedah bertekad untuk mencatat kemenangan ketika juara Piala FA 2017 itu berkunjung ke Selayang pada malam ini sebagai tanda penghormatan kepada Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang mangkat pada usia 89 tahun Isnin lepas.

Al-Mu’tassimu Billahi Muhibbuddin Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah adalah peminat No.1 Lang Merah ketika hayat baginda.

Stadium Selayang yang menjadi tuan rumah untuk perlawanan menentang Kedah itu akan mengambil masa selama seminit untuk tujuan bacaaan surah Al-fatihah dan bertafakur bagi hadirin dan pemain yang bukan beragama Islam.

–fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah memerintah negeri Kedah selama 59 tahun dan merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-5 (21 September 1970 – 20 September 1975) dan ke-14 (13 Disember 2011 – 13 Disember 2016).

Pemain tengah Baddrol Bakhtiar dipetik sebagai berkata:

“Ia adalah satu tragedi untuk mengetahui kemangkatan baginda. Almarhum Sultan Abdul Halim adalah inspirasi buat kami sebagai pemain. Baginda sentiasa memberi sokongan kepada pasukan sebelum dan juga selepas perlawanan.” ujar Baddrol kepada wartawan Berita Harian.

“Kami akan ke Selangor untuk memburu kemenangan sebagai tanda penghargaan kepada baginda. Almarhum Sultan Abdul Halim sentiasa memberi sokongan kepada pasukan sama ada ketika kami menang atau pun kalah. Dan kami mahu membalas sokongan baginda kepada kami dengan kemenangan.”

Penyandang dan juga juara Piala Malaysia 2016 itu akan berhadapan dengan Selangor, dan merupakan ulangan kepada 2 perlawanan akhir musim sebelumnya.

Photo by Muhammad Syamil Naim / www.asiana.my,

Selangor menewaskan Kedah dengan jaringan 2-0 dalam perlawanan akhir 2015 sebelum giliran Kedah menewaskan pasukan Red Giants melalui penentuan sepakan penalti selepas keputusan selesai masa tambahan terikat 1-1.

Seluruh pelusuk Kedah mungkin sedang berkabung atas kemangkatan Sultan mereka. Namun demikian, skuad bola sepak Kedah nekad untuk tampil bersemangat untuk mencatat kemenangan untuk mencari bekalan selesa sebelum bermain di tempat sendiri pada 24 September.

Selangor adalah pasukan yang sukar ditewaskan berdasarkan prestasi semasa pasukan tersebut.

Musim ini sahaja, anak buah P.Maniam telah menewaskan pasukan JDT 2 kali, namun tewas 3-1 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala Malaysia baru-baru ini.

Manakala Kedah menunjukkan prestasi yang dominan di dalam Kumpulan C dengan 5 kemenangan dan hanya 1 kekalahan.

Photo by: Safwan Rozi | Asiana.my
Keywords:

Gandingan pemain import Ken Ilso, Liridon Krasniqi dan juga Sandro Da Silva sudah menjaringkan 11 gol dan pasti menjadi harapan sekali lagi skuad Kedah dalam memburu gol.

Nidzam Adzha yang sudah pun memenangi medal Piala FA bersama Kedah sebagai Ketua Jurulatih pada musim ini pasti mahu mengulangi pencapaian yang sama dalam pertandingan Piala Malaysia.

Sumber:

1. Nicholas Anil, ESPN FC (2017): Baddrol Bakhtiar, Kedah aim to honour Sultan in Malaysia Cup vs. Selangor; http://www.espnfcasia.com/blog/football-asia/153/post/3203867/baddrol-bakhtiar-kedah-aim-to-honour-sultan-in-malaysia-cup-vs-selangor

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN