UNL 2020: Kad Merah Maguire, Reece James Warnai Kekalahan England

England

Rekod sembilan kemenangan berturut-turut England di laman sendiri musnah pada awal pagi tadi selepas skuad bimbingan Gareth Southgate itu tunduk 0-1 di tangan Denmark dalam aksi UEFA Nations League (UNL) 2020.

Jaringan tunggal yang dihasilkan oleh Christian Eriksen menerusi sepakan penalti pada minit ke-35 itu sudah cukup buat Denmark untuk menaiki tangga kedua sekali gus England tercicir di kedudukan ketiga.

Kedua-dua pasukan terikat dengan tujuh mata namun Denmark memiliki kelebihan dari segi perbezaan jaringan, dua mata ketinggalan di belakang pendahulu, Belgium.

Harry Maguire pasti menjadi topik perbualan hangat pada perlawanan yang berlangsung di Wembley itu apabila beliau dilayangkan kad merah susulan kad kuning kedua diterima selepas hanya selepas 31 minit perlawanan.

Keadaan itu pastinya merencatkan perancangan Southgate yang memburu kemenangan ke-10 di laman sendiri dan ia disulitkan lagi dengan sepakan penalti dihadiahkan kepada skuad bimbingan Kasper Hjulmand itu.

Ia susulan kekasaran yang dilakkukan Kyle Walker terhadap pemain tengah Denmark, Thomas Delaney dan Eriksen tidak berdepan masalah untuk menewaskan Jordan Pickford di gawang pasukan England.

England yang cuba bangkit untuk kembali menyamakan kedudukan terlepas peluang terbaik di minit ke-66 apabila Kasper Schmeichel bertindak cemerlang menafikan tandukan jarak dekat dilakukan pemain muda, Mason Mount.

Keputusan 1-0 itu kekal hingga tamat permainan dan malang menimpa Reece James apabila beliau pula dilayangkan kad merah selepas perlawanan ditamatkan susulan laporan menyebut beliau mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengadil perlawanan, Jesus Gil Manzano  dari Sepanyol.

Kredit featured image: Robin Jones/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Harry Maguire:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN