Harry Maguire Ditangkap Polis Selepas Terlibat Dalam Insiden Di Greece

Harry Maguire

Pemain pertahanan Manchester United, Harry Maguire ditahan oleh pihak selepas terlibat dalam sebuah insiden pertengkaran yang berlaku di Greece, lapor laman Goal.

Menurut laporan di negara tersebut, Maguire yang kini bercuti bersama-sama pasangan serta rakan-rakannya terlibat dalam satu insiden yang berlaku di Mykonos.

Kejadian itu berlaku semasa Maguire bersendirian dan insiden yang berlaku itu menjadi luar kawalan memaksa pihak berkuasa tempatan masuk campur lalu menahan ketua pasukan United itu.

Kejadian itu mendapat perhatian kelab dan mereka turut memberikan respon mengenai perkara ini.

“Pihak kelab menyedari terdapat insiden yang berlaku melibatkan Harry Maguire di Mykonos semalam.”

“Kami telah menghubungi beliau dan Maguire memberikan kerjasama yang baik kepada pihak berkuasa Greece. Buat masa sekarang, tiada sebarang kenyataan lanjut dikeluarkan.”

Situasi yang tidak enak ini jelas sekali tidak mahu dilalui oleh sesiapa sahaja terutamanya ketika mereka sedang bercuti bersama keluarga dan sahabat handai.

United diberi cuti tambahan dua minggu hasil penglibatan mereka dalam saingan Europa League di Jerman yang dilangsungkan dengan format karnival.

Oleh kerana itu, mereka akan memulakan saingan musim baharu Premier League sedikit lewat dengan menentang Crystal Palace di Old Trafford.

Baca juga artikel kami mengenai Harry Maguire:

Leave a Reply