Bielsa Jadikan Liverpool Sebagai Inspirasi Untuk Naik Semula Ke EPL

Marcelo Bielsa

Kejayaan Leeds United berjaya pulang semula ke Premier League jelas sekali memberikan berita gembira buat majoriti peminat liga tersebut.

Kemunculan semula mereka disambut baik oleh rakan dan lawan, dengan pasukan seperti Liverpool dan Manchester United begitu teruja untuk menentang mereka pada musim baharu.

Menurut pengurus Leeds, Marcelo Bielsa, beliau mengatakan kisah mereka berjaya layak ke EPL adalah disebabkan oleh inspirasi yang diambil oleh pasukan bimbingan oleh Jurgen Klopp iaitu Liverpool.

Menurut Liverpool Echo, Bielsa mengatakan yang beliau mengambil inspirasi daripada corak permainan Klopp untuk digunakanpakai dalam saingan EFL Championship.

“Pada musim 2019/2020, Jurgen Klopp dan Liverpool telah menjadi rujukan kepada ramai pihak dalam bola sepak.”

“Selalu kita dapat saksikan yang kita akan tertarik dengan pasukan atau pengurus dan kita mahu meniru mereka. Adalah normal untuk manusia meniru mereka yang menang.”

Tambah Bielsa, Liverpool dan pasukan lain menunjukkan perbezaan yang berlainan antara mereka.

“Kita ada saksikan pasukan yang menjaringkan gol dengan segera dan ada pasukan yang memerlukan masa untuk dapatkan rentak.”

“Apabila anda menyaksikan pasukan Liverpool, mereka sentiasa bermain baik. Perkara ini berbeza apabila sesebuah pasukan berhenti dari segi peningkatan mereka, kesannya akan menjadi lebih buruk.”

Pertembungan dua ideologi oleh Bielsa dan Klopp pastinya akan menjadi tumpuan pada musim hadapan dan perlawanan pembukaan akan menjadi waktu terbaik untuk peminat bola sepak disajikan dengan aksi kedua-dua pasukan.

Leeds United layak ke EPL selepas berjaya menjulang kejuaraan EFL Championship. Mereka naik bersama-sama West Bromwich Albion dan Fulham.

Baca juga artikel kami mengenai Marcelo Bielsa:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN