Quantcast

KAJIAN & FAKTA

Jurulatih Ini Dedahkan Bagaimana Program Akademi Sheffied Membangunkan Harry Maguire Di Peringkat Awal

Harry Maguire kini menjadi pemain bek tengah termahal dalam sejarah. Beliau merupakan pemain yang sebelum ini hanya bermain dengan kelab kecil seperti Hull City.

Training Guru cuba merungkai aspek pembangunan Harry Maguire. Mereka menghubungi Travis Binio (gambar) yang merupakan bekas jurulatih Maguire ketika di akademi Sheffield United. Binion bekas graduan akademi Sheffield, beliau terpaksa bersara pada usia 21 tahun kerana masalah kecederaan.

Binion kemudian dilantik menjadi jurulatih akademi di kelab tersebut. Mengulas tentang Harry Maguire, Binion berkata: “Anda boleh imbas kembali detika ketika Harry pada usia 16 tahun, dia berlari pun tak betul.”

Pembangunan pemain muda di Sheffield United

Binion merupakan jurulatih yang membangunkan bakat Harry Maguire ketika pemain itu berusia 14 tahun. Pe,mbangunan yang betul pada peringkat usia awal adalah sangat penting.

“Kekuatan utama akademi kita di Sheffield United adalah, kita cuba bentuk pemain dengan pelbagai aspek, bukan terhad kepada kecergasan dan teknikal.”

“Kita memfokuskan lebih terperinci pembangunan secara individu. Kelab-kelab elit biasanya akan fokus kepada kekuatan utama pemain di beberapa aspek. Kita di sini berbeza. Kita mahu para pemain dibangunkan dengan dibimbing dengan seberapa banyak elemen.”

“Kita sentiasa menolak kekuatan mereka ke tahap lebih tinggi dan cuba menutup kelemahan mereka. Harry bukan pemain yang panas. Namun beliau bijak dalam pemposisian dan menggunakan fizikalnya dengan sebetulnya.”

“Pada usia 14 tahun Harry pemain yang sangat bagus dengan bola [ball-paling], kuat ketika duel serta mampu bertahan. Beliau adalah salah seorang kanak-kanak yang tidak takut kerana beliau ada keyakinan yang sangat tinggi. Sentiasa memberitahu dirinya: ‘saya pemain yang bagus’.”

“Anda tidak boleh memandang rendah kualiti itu. Beliau ada ciri-ciri pemain elit yang lain iaitu tidak akan mengulangi kesilapan pada kali kedua.”

Bekas pengurus akademi Sheffield, Ron Reid memainkan peranan besar dalam membantu Binion dan mereka berpegang kepada falsafah dengan ‘Cara Sheffield United’. Antara pesanan yang Ron Reid selalu pesan adalah, “Jadilah insan yang baik, tak perlu hebahkan kebaikan yang kamu sudah buat, dan maksimumkan potensi kamu.”

Ada sesetengah pemain hanya dibangunkan sebagai pemain yang teknikal dan mereka tidak bagus sebagai seorang insan.

Binion menambah lagi: “Ketika Ron menjadi pengurus, semua pemain muda adalah melalui saya. Saya akan menilai sama ada budak-budak ini pemain yang ada nilai kemanusian yang baik. Anda akan dapati mereka ini tidak akan buat hal. Jika itu berlaku, mereka tak akan ada peluang kembali ke sini.”

“Harry budak yang baik. Beliau sentiasa datang untuk menyaksikan perlawanan Sheffield United, apabila ada kesempatan. Ini kerana Harry adalah ‘Blades’ dan afiliasi itu kekal bersamanya.”

Ini juga membuktikan bahawa Harry Maguire ada nilai kemanusiaan yang tinggi dengan tidak melupakan jasa akademi yang membantu membangunkan beliau.

“Sebagai jurulatih, anda mahu para pemain datang ke akademi anda dan ‘graduate’ sebagai insan yang lebih baik. Ini sepatutnya menjadi perhatian utama bagi mana-mana jurulatih yang menjaga mereka [pemain akademi].”

“Ada antara mereka terpaksa menerima hakikat mereka gagal di lapangan bola sepak, namun dengan nilai-nilai insaniah yang kita terapkan, mereka boleh gunakan ia ketika menceburi bidang lain dalam hidup mereka kelak. Ini secara tak langsung menunjukkan akademi kita ada program yang sangat holistik untuk pemain.”

“Anda bawa mereka terbang ke seluruh dunia, anda terlibat dalam persekolahan mereka, latihan fizikal, psikologi, pembangunan serta menghadiri klinik untuk ibu bapa.”

“Anda sebagai jurulatih akademi akan memberikan impak kepada para pemain muda ini dalam banyak peringkat, dan itu tanggunjawab yang sangat besar. Kamu mahu para pelajar kamu menguasai skil yang banyak supaya lebih membantu mereka untuk berjaya.”

“Jika kami berjaya melakukan semua itu dengan sebaiknya di akademi, kami bukan sahaja menyumbang kepada bola sepak, malahan untuk komuniti.”

Akademi Sheffield United menawarkan peluang seluas-luasnya kepada komuniti di sekitarnya. Ini termasuk kepada Harry Maguire – yang membesar di Mosborough, Timur Sheffield dan menyertai akademi mereka apda usia 10 tahun.

Jurulatih pertama Harry Maguire ketika itu adalah Nick Cox yang berpegang kepada formula: bakat+peluang = kejayaan.

Pembangunan lebih pesat

Pada usia 18 tahun dan 1 bulan, Harry Maguire melakukan debut untuk Blades menentang Cardiff. Beliau masuk pada separuh masa kedua sebagai pemain gantian. Namun beliau tetap berjaya menjadi pemain terbaik perlawanan.

Debut itu diberikan kepada Harry Maguire sebagai ganjaran di atas kecemerlangan beliau bersama skuad muda Sheffield dalam Piala FA belia. Mereka mara ke final Piala FA belia berhadapan dengan akademi Man. United. Ketika itu Harry sudah ada 5 perlawanan kompetitif dengan skuad senior Sheffield United.

Dalam aksi final pertama, perlawanan disaksikan 30,000 penyokong di Bramall Lane. Perlawanan seri 2-2. Namun Man. United menang 4-1 perlawanan kedua dengan bakat-bakat seperti Paul Pogba (juara dunia 2018), Jese Lingard (pemain kebangsaan England) serta Ravel Morisson.

Sheffield United’s Harry Maguire (centre) rises highest to head the ball out of defence

Pada separuh masa kedua, Maguire dikeluarkan kerana ada ‘concussion’. Ketika inilah Sir Alex Ferguson mulai mengikuti perkembangan Harry Maguire dan memasukkan nama pemain itu dalam senarai ‘scouting’.

Ketika Sir Alex bersara, nama Harry Maguire antara yang Fergie cadangkan kepada Moyes untuk ditandatangani. Malangnya ketika itu Manchester United enggan melayan permintaan Moyes.

Sheffield kemudian tersingkir daripada League 1. Maguire dalam usianya yang muda sudah bermain 56 perlawanan untuk mereka. Pada musim tersebut, Maguire dianugerahkan Pemain Terbaik Tahunan dan juga Pemain Muda Terbaik Tahunan.

Maguire bukan sahaja pemain ‘homegrown’ yang diberikan peluang dengan sebaiknya, tetapi berjaya mengambil peluang itu untuk menjadikan dirinya sebagai pemain utama pasukan.

Pada usia 20 tahun, Harry Maguire beraksi dalam 100 ‘starting 11’ di peringkat senior. Sebagai perbandingan, Ruben Loftus Cheek yang melakukan debut pada usia 18 tahun untuk Chelsea hanya bermain 18 perlawanan dalam tempoh 3 musim.

Binion menegaskan mereka memang akan berusaha untuk memberikan peluang kepada para pemain mereka, terutama sekali peluang untuk beraksi di peringkat senior.

Pemain akan menjadi lebih baik jika mereka diberikan banyak minit perlawanan. Namun itu semua perlu diuruskan dengan sebaiknya. Para pemain perlu dibantu secara fizikal dan mental. Begitu juga dengan para penyokong, mereka perlu menyokong pemain muda seperti ini.

Jangan terlalu menghukum mereka apabila ada kesilapan. Itu kadangkala akan membuatkan para pemain ini ‘takut’ untuk bermain dengan lebih semulajadi. Mereka merasakan diri mereka sentiasa berada di hujung pedang.

Binion turut menyatakan di Sheffield mereka sentiasa memberitahu para pemain muda, peraturan yang sama, “itu hanyalaha perlawanan bola sepak” dalam apa jua peringkat. Ini termasuk apabila mereka masuk ke dalam pasukan senior.

Pada 2017/18, akademi Sheffield United diiktiraf sebagai akadmi ke-15 terbaik serta ke-3 paling produktif untuk akademi kategori 2.

“Ada beberapa pemain kami terus membanggakan akademi ini, David Brooks menjadi pemain terbaik di Toulon, Dominic Calvert-Lewin penjaring gol kemenangan dalam Piala Dunia B-20. Aaron Ramsdale menang Euro B-19 bersama England.