Piala Malaysia 2019: Safawi Rasid, Afiq Fazail Projek Ampuh Buat JDT Dan Malaysia, Kata Benjamin Mora

Safawi Rasid JDT Terengganu

Bercakap dalam sidang media sejurus kemenangan 4-2 ke atas PJ City FC, ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora memuji prestasi dua pemain, Safawi Rasid dan Afiq Fazail yang menurutnya, pemain muda terbaik dimiliki mereka ketika ini.

Kedua-dua pemain tersebut mempamerkan prestasi yang baik dalam aksi kedua Kumpulan B, Piala Malaysia 2019, malah Safawi Rasid turut meledak gol deras jarak jauh untuk JDT mendahului perlawanan di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos.

“Bagi saya, Safawi (Rasid) akan sentiasa diperlukan di JDT kerana dia pemain yang berkualiti, saya telah katakan banyak kali sebelum ini. Dia adalah pemain muda yang memiliki banyak skil dan juga keyakinan dalam dirinya. Dia sudah semakin matang.

“Dalam sesi latihan kami sentiasa menasihatinya untuk tampil lebih agresif dalam situasi dimana dia membuat cut-inside dari bahagian sayap. Jika jarak dengan gol lebih kurang 1 atau 1.5 meter, dia boleh membuat rembatan kerana dia ada kekuatan untuk itu,” ulas Benjamin Mora mengenai prestasi Safawi Rasid menentang PJ City.

Dan, itulah yang dilakukannya pada malam tadi apabila gerakan yang dimulakannya daripada bahagian sayap, bertukar hantaran pantas bersama tiga pemain sebelum melepaskan rembatan deras untuk menewaskan penjaga gawang PJ City, Kalamullah Al-Hafiz.

Sementara untuk pemain tengah berusia 24 tahun, Afiq Fazail pula, Benjamin Mora menjelaskan yang pemain itu telah melalui proses perkembangan bakat dengan baik dan semakin menjadi produk yang hampir lengkap. Sebelum ini dia bergelut dengan man-to-man marking dan sedikit bermasalah dengan tempo bertahan.

“Bagi saya, mereka berdua (Safawi Rasid dan Afiq Fazail) adalah projek terbaik untuk JDT dan juga Malaysia,” tambahnya lagi.

Bercakap mengenai perlawanan menentang PJ City, Benjamin Mora menyatakan skuad kendalian K. Devan bangkit melawan dengan cukup baik untuk menghasilkan dua gol dan mujur buatnya, JDT cukup ampuh untuk memenangi perlawanan di wisel penamat.

Kredit Featured Image: JST

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN