Zinedine Zidane yang teruk menerima tekanan sebelum ini pastinya sudah boleh tidur lebih lena terutamanya selepas Real Madrid cemerlang menewaskan seteru setempat Atletico Madrid dalam aksi La Liga pada Sabtu.
Beberapa hari selepas mengesahkan tempat ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara Eropah (UCL) tempoh hari, Los Blancos meneruskan rentetan kemenangan ketiga berturut-turut dengan mengungguli derbi Madrid pula.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Estadio Alfredo Di Stefano itu, tuan rumah mendahului menerusi jaringan Casemiro awal permainan dan kemudiannya menambah gol kedua hasil jaringan sendiri Jan Oblak pada babak kedua.
Omo this #MadridDerby might just be WWE fights on football pitch pic.twitter.com/5jhKNwixl1
— ZASS👑 (@kingzass_) December 12, 2020
Ia sekaligus dapat mendiamkan sementara mulut pengkritik yang beranggapan Zidane tidak lagi sesuai untuk mengendalikan kelab gergasi Sepanyol tersebut selepas prestasi goyah dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
Real turut mendapat ‘tonik’ tambahan apabila Dani Carvajal disenaraikan semula ke kesebelasan utama selepas pilih sepenuhnya daripada kecederaan dan ia memberi peluang kepada Lucas Vazquez untuk kembali ke posisi sebenarnya di sayap kanan.
Selepas perlawanan, Zidane sempat menghamburkan pujiannya kepada dua arkiteknya, Luca Modric dan Toni Kroos yang cemerlang menguasai bahagian tengah untuk merencanakan gerakan pasukan sepanjang perlawanan.
https://twitter.com/Oniletvng/status/1338042515581235200?s=20
Prestasi turun naik mana-mana pasukan dalam sukan bola sepak merupakan satu perkara biasa, namun untuk kelab sebesar Real Madrid, pastinya tidak mudah untuk menghadapi tekanan dan kritikan daripada penyokong yang sentiasa dahagakan kejayaan.
Tambahan pula Real Madrid baru sahaja kembali merampas kejuaraan liga daripada Barcelona pada musim lepas dan sudah pasti semua pihak mahukan lebih banyak kejayaan diraih.
Diego Simeone akhirnya terpaksa menelan hakikat Atletico tewas buat kali pertama dalam 26 perlawanan, namun mereka masih berada di puncak liga dengan 26 mata, mengatasi pencabar terdekat Real Sociedad dengan satu mata, namun masih mempunyai satu perlawanan dalam tangan.
Dengan prestasi goyah Barcelona, agak menarik untuk menyaksikan persaingan sengit dua pasukan Madrid ini bersaing untuk merebut kejuaraan. Pasukan mana yang menjadi pilihan anda?
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Sepanyol:
Zidane: Saya Tak Mampu Jadi Sehebat Alex Ferguson Di Real Madrid
Zidane Perlukan Dominik Szoboszlai Untuk Pulihkan Real Madrid
David Beckham Hampir Jadi Pemain Barcelona Sebelum ‘Disailang’ Real Madrid