EPL 2020/21: Schlupp Buat Tottenham Hotspur Sekadar Raih Satu Mata

Tottenham

Tottenham Hotspur terlepas peluang untuk mengukuhkan cengkaman di tangga teratas saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2020/21 apabila diikat Crystal Palace 1-1 pada aksi yang berlangsung di Selhurst Park, sebentar tadi.

Dengan hanya satu mata yang mampu diraih skuad bimbingan Jose Mourinho itu, pesaing terdekat, Liverpool berpeluang untuk merampas kedudukan tangga teratas sekiranya The Reds berjaya menundukkan Fulham sebentar nanti dalam kunjungan mereka ke Craven Cottage.

Aksi menarik ditampilkan apabila kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan saling berbalas serangan walaupun pasukan pelawat yang berada dalam mood terbaik dilihat memiliki lebih penguasaan bola.

Tottenham terlebih dahulu memberikan ancaman ke kubu Crystal Palace yang dikawal Vicente Guaita tetapi hantaran menarik dijelmakan Toby Alderweireld mencari Son Heung-min dalam kawasan penalti gagal disempurnakan penyerang kelahiran Korea Selatan itu pada minit kesembilan.

Memasuki minit ke-14, Wilfried Zaha pula terlepas peluang setelah percubaannya setelah menerima umpanan Christian Benteka mudah dinafikan penjaga gol yang merupakan ketua pasukan Spurs, Hugo Lloris. Percubaan Zaha berselang dua minit kemudian pula sekadar melewati palang gol.

Guaita terpaksa bekerja keras pada minit ke-18 apabila beliau berjaya menepis rembatan jarak dekat diledakkan Tanguy Ndombele dan tidak sampai seminit, penjaga gol berusia 33 tahun itu terus cemerlang dalam mengagalkan rembatan dari luar kawasan penalti oleh Sergio Reguilon.

Kecemerlangan Guaita bagaimanapun terhenti selepas beliau gagal menyelamatkan rembatan jarak jauh Harry Kane bagi membolehkan Tottenham Hotspur berada di hadapan pada minit ke-23.

Ndombele hampir menambah jaringan buat Spurs pada minit ke-33 tetapi rembatannya dari jarak dekat bermula daripada umpanan Kane berjaya dinafikan Guaita.

Ketika aksi babak pertama semakin menghampiri penghujung, Eberechi Eze hampir kembali menyamakan kedudukan tetapi percubaannya singgah di tiang gol ketika bola sudah melepasi jangkauan Lloris bagi menyelamatkan keadaan.

Usaha berterusan Crystal Palace bagi memburu jaringan pada separuh masa kedua akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-81 selepas sepakan percuma Eze yang gagal ditangkap kemas Lloris memberikan ruang buat Jeffrey Schlupp untuk menolak masuk bola bagi mengikat kedudukan.

Ia juga menamatkan rekod cemerlang Lloris yang tidak dibolosi pada empat perlawanan terakhir dalam saingan liga.

Sedar keputusan seri tidak memadai pasukan mereka, pemain Tottenham tampil dengan lebih kemas bagi mendapatkan jaringan kemenangan dan mencipta dua peluang terbaik. Namun, tandukan Kane dan sepakan percuma cantik dari Eric Dier ditepis keluar Guaita untuk perlawanan berkesudahan dengan terikat 1-1.

Kredit featured image: Glyn Kirk – Pool/Getty Images

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN